CILI KASI TARUK! TPM HENTAM ANWAR DAN BUKU JINGGAY KAW-KAW PUNYA! MESTI TONTON





Tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berdiam diri dan gagal menafikan tuduhan terbaru beliau mempunyai twenty akaun di peringkat antarabangsa bernilai RM3 bilion terus menimbulkan persoalan di kalangan rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sebagai pemimpin pembangkang yang bakal menerajui Putrajaya jika Pakatan Rakyat (PR) menang pada pilihan raya umum akan datang, Anwar seharusnya mengambil tindakan menafikan tuduhan itu jika ia tidak benar seperti yang didakwa oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad Khalid.

Tetapi sehingga hari ini, dia (Anwar) tidak menafikan perkara itu dan jika berada di tempatnya, saya akan buat laporan kepada polis supaya maruah saya tidak tergadai atau terjejas, katanya ketika berucap pada majlis jamuan rakyat di Batu Kurau, sebentar tadi.

Sementara itu, pihak pembangkang juga katanya, hanya menabur janji kosong dan rakyat tidak seharusnya mudah terpedaya dengan dakyah mereka yang menjanjikan bulan dan bintang untuk mencapai matlamat ke Putrajaya.

Beliau berkata lagi, segala janji atau declaration PR yang terkandung dalam Buku Jingga dibuat tanpa asas perkiraan yang kukuh.

Berdasarkan kajian jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi meneliti semua janji itu, negara ini akan bangkrap dalam tempoh dua tahun selepas PR memerintah, katanya lagi.

Read more...

No comments: