Tak cukup duit untuk berkahwin

Azmi Anuar

couple-moneyAdakah kita perlu bimbang tentang berita bahawa bilangan rakyat Malaysia berumur twenty-five tahun ke atas yang tidak pernah berkahwin adalah seramai 2.5 juta orang atau 16.7 peratus daripada jumlah penduduk negara. Statistik ini berdasarkan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010. Banci itu juga menunjukkan daripada jumlah tersebut, 60.4 peratus adalah lelaki dan 39.6 peratus lagi wanita. Faktor-faktor utama mereka tidak berkahwin ialah:

Lelaki Wanita Masalah kewangan 44.70% 14.00% Tiada calon sesuai 19.30% 40.00% Kemajuan kerjaya 12.80% 8.40% Selesa hidup membujang - 8.40% Komitmen terhadap keluarga 7.40% 7.40%

Faktor yang paling menonjol ialah masalah kewangan sehinggakan 44.7% lelaki memberikan jawapan ini sebagai masalah yang utama. Adakah ini benar? Mungkin juga memandangkan kos sara hidup yang semakin meningkat dan andaian lazim yang menghendaki si lelaki menjadi ketua keluarga setelah memasuki alam berumahtangga.

Sudah semestinyalah apabila menjadi pemimpin di dalam sebuah keluarga, tangggungjawab yang dipikul untuk memberi makan minum, pakaian dan tempat tinggal terletak di bahu si suami. Lelaki yang benar-benar prihatin sudah pasti mahu bersedia sebaik mungkin memberikan hidup yang selesa kepada kaum keluarganya.

Dia harus memikirkan bukan sahaja soal acara majlis perkahwinan tetapi memberikan tumpuan dan memikirkan tentang halatuju keluarganya pada masa hadapan. Ramai juga lelaki yang cuba sedaya upaya menabung dahulu dan mencari jalan bagaimana mempertingkatkan sumber pendapatannya ! supaya t idak membebankan si isteri dan keluarga dengan masalah kewangan.

Berbanding dengan pihak wanita dengan hanya 14% yang menyatakan masalah kewangan menjadi faktor mereka tidak berkahwin. Mungkin boleh dibuat andaian bahawa 86% wanita akan bergantung kepada suami apabila berkahwin kelak.

Peratusan kecil yang menyatakan masalah kewangan sebagai faktor tidak berkahwin ini merupakan golongan minoriti yang sedar bahawa mereka juga bertanggungjawab menyumbangkan tenaga dan wang ringgit dalam menjayakan sesebuah keluarga. Pendekatan mereka terhadap alam perkahwinan lebih praktikal kerana mahu bersedia jika ditakdirkan sesuatu terjadi kepada sang suami.

Pada masa sekarang nasib seseorang isteri yang bergantung sepenuhnya kepada suami untuk perbelanjaan hidup tidaklah terjamin. Si suami mungkin sahaja berkahwin lain dan ketika itu, sumber kewangan pasti menjadi salah satu isu utama dalam hidup si isteri.

Tiada jodoh berbanding tidak terlalu memilih

40% wanita berkata tidak ada calon yang sesuai menyebabkan mereka tidak berkahwin dan ini merupakan faktor utama di kalangan mereka berbanding hanya 19.3% lelaki yang memberikan jawapan yang sama. Adakah ini merupakan fenomena baru atau memang benar tidak ada calon yang sesuai lagi untuk dipilih? Kriteria untuk menjadi calon suami nampaknya berbeza sekali dengan apa yang dikehendaki oleh lelaki dalam memilih calon isteri.

Hakikat bahawa lebih ramai wanita yang berpendidikan dan berdikari iaitu mempunyai sumber kewangan sendiri mungkin juga menyumbang kepada faktor tidak ada calon yang sesuai untuk dikahwini. Wanita juga mahukan pasangan yang sesuai bukan sahaja daripada segi paras rupa tetapi juga daripada aspek tahap pemikiran serta pemahaman dan seboleh-bolehnya memilih calon suami yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.

Hakikatnya tidak ramai lelaki yang sebaya yang memenuhi kriteria tersebut dan pihak wanita lebih sanggup terus membujang daripada mengambil risiko berkahwin! dengan sesiapa sahaja.

Berbeza pula dengan sikap lelaki yang mungkin lebih bersahaja dalam pemilihan seorang isteri. Memang paras rupa sentiasa memainkan peranan yang penting dalam apa juga hubungan kerana kita impikan yang dikahwini akan menjadi pasangan sehidup semati. Kadang-kadang bukanlah paras rupa atau bentuk tubuh yang mengiurkan yang menjadi daya tarikan utama tetapi tutur bahasa dan tingkah laku yang memaut hati si lelaki kepada calon isterinya.

Lelaki memang kaum yang lemah dalam hal-hal sebegini, dan oleh kerana sikap tidak terlampau memilih, peluang untuk berkahwin terbuka lebih luas untuk kaum Adam.

Rakan kongsi rumahtangga dan peniagaan

Kedua-dua pihak lelaki dan wanita tidaklah meletakkan kemajuan kerjaya sebagai penghalang utama untuk mereka berkahwin. Ini satu petanda yang baik bahawa kerjaya dan alam rumahtangga boleh seiring malahan kadang-kadang bantu-membantu dalam meningkatkan tahap kemajuan di dalam kerjaya masing-masing.

Setengah-setengah pasangan suami isteri merupakan rakan kongsi di dalam sesuatu usaha perniagaan misalnya dan menjadi simbol kejayaan kepada orang lain. Usaha mereka sebagai satu section menjadi lebih mantap dan gandingan sebagai rakan kongsi mengeratkan pula hubungan suami isteri.

Nampaknya hanya kaum wanita yang selesa hidup membujang kerana mereka sahaja yang memberikan sebab ini sebagai salah satu faktor tidak berkahwin. Adakah ini berhubungkait dengan faktor tidak ada calon yang sesuai untuk menjadi pasangan mereka? Mungkin juga.

Apa yang pasti, kaum wanita mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding lelaki dan secara tidak langsung mereka telah bersedia untuk hidup tanpa lelaki. Kita tahu bahawa ramai balu-balu yang masih hidup bertahun-tahun tanpa mendiang si suami dan berjaya membesarkan anak-anak mereka dengan baik sekali. Mungkin ini juga menjadi contoh kepada mereka yang masih bujang bahawa lelaki tidaklah begitu perlu di dalam hidup mereka.

Apa yan! g dikehe ndaki masing-masing

Mungkin tidaklah begitu mengejutkan apabila peratusan yang sama iaitu 7.4% daripada lelaki dan wanita memberikan sebab komitmen kepada keluarga sebagai faktor tidak berkahwin. Besar kemungkinan mereka yang memberikan jawapan sedemikian menjadi tulang belakang keluarga dan bersedia mengorbankan kebahagiaan hidup sendiri supaya keluarga mereka terurus dengan baik.

Mereka mungkin mempunyai rancangan untuk berkahwin apabila telah berjaya mengendalikan segala urusan keluarga terlebih dahulu atau mendapat calon yang boleh memahami situasi mereka. Kemungkinan besar kumpulan ini akan berkahwin juga akhirnya.

Banci Penduduk dan Perumahan memang menarik untuk dikaji dengan lebih mendalam supaya kita dapat mengenal pasti apa sebenarnya masalah kewangan yang dihadapi oleh kaum lelaki dan calon yang bagaimanakah yang dikehendaki kaum wanita.

Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: