TAHNIAH NAJIB KERANA MENDENGAR SUARA RAKYAT!

Bila aku dengar tadi MAS dan Air Asia perjanjian mereka dibatalkan tadi, aku cukup gembira dan aku ucapkan terima kasih kepada PM kerana mendengar rintihan rakyat atau lebih tepat sekali warga MAS! Sekarang MAS tetap berdiri teguh tanpa AIR ASIA!

Tony Macha iskrang lu kena tipu lain worang la ya! Bye bye Air Asia - sekarang aku nak tengok macamana Air Asia nak sailang track MAS lagi! Alhamdulillah!

Tapi dalam masa yang sama aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger Another Brick yang tanpa henti sentiasa mendedahkan kepincangan Tony! GAP mesti happy gila punya sebab dia joke salah seorang pejuang yang menentang perkahwinan haram MAS AIR ASIA ni!

Juga aku tidak lupa kepada YB Wee Choo Keong yang tanpa henti mendedahkan segala kemungkaran Tony Fernandes dan konco-konco dia yang mahu meranapkan MAS terus! YB yang paling konsisten menentang perjanjian ini. Aku joke jadi semangat nak lawan deal bodoh ni beb sebab dia!

Well done guys! Hidup MAS! Walau buruk atau baik ianya tetap penerbangan kebanggaan kita beb! Aku harap lepas ni Danny yang menjadi balaci Tony dalam MAS joke akan meletakkan jawatan dan berambus keluar dari MAS!

No comments: