Selepas kejayaan Regimn Khalid dalam menjadikan Selangor negeri paling kaya dengan sampah sarap, kini Khalid sekali lagi tampil untuk menerima anugerah terkini.
Jika Kelantan mendapat "Anugerah Cemerlang" dalam rekod HIV dan AIDS, lain pula bagi Khalid di Selangor.
Selepas "Anugerah Cemerlang" dalam mensampah sarapkan Selangor, rekod cemerlang buat pertama kalinya di Selangor, kini Selangor mendapat satu lagi "Anugerah Cemerlang" melalui industri pembiakan nyamuk aedes.
Walaupun sebelum ini juga dalam satu lagi industri; iaitu Industri Persundalan, Khalid masih mendahului dengan pencapaian terbaik !
Rakyat Selangor perlu banyak bersabar dengan bau aroma dari timbunan sampah sarap hadiah dari Kerajaan Negeri kepada penduduk, kini rakyat Selangor juga perlu tabah dalam hadapi wabak denggi.
Pengurusan jadual kutipan sampah yang tidak sempurna antara faktor menyebabkan Selangor menjadi negeri penyumbang tertinggi dalam kes demam denggi.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sehingga Mei lalu sebanyak 9,500 kes dicatatkan dengan twenty kematian berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 7,850 dengan 12 kematian.
"Lima puluh peratus daripada kes demam denggi yang dilaporkan tahun ini ialah di Selangor dan salah satu faktornya kerana sampah tidak dikutip dalam masa yang ditetapkan atau dijadualkan.
"Kalau dikutip dalam tempoh dua atau tiga hari tidak mengapa tetapi jika sampah sarap dibiarkan seminggu, aedes akan membiak dengan cepat kerana sesudu air joke sudah cukup untuk menjadi tempat pembiakan aedes," katanya kepada pemberita selepas merasmikan karnival 'Sihat Cergas Ceria' di sini Sabtu.
Liow berkata adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk memastikan jadual kutipan ! sampah y ang berkala kerana PBT juga perlu memainkan peranan penting menjaga kebersihan persekitaran.
Apatah lagi memandangkan negeri itu mempunyai kawasan perumahan luas terutamanya di kawasan bandar dan mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, katanya.
Sementara itu, Liow berkata kajian mengenai vaksin denggi sudah berada di peringkat akhir iaitu pada tahap ketiga dan dijangka boleh mula digunakan menjelang tahun 2014.
Dalam perkembangan lain beliau berkata Kementerian Kesihatan akan memperbanyakkan lagi kempen saringan kesihatan untuk mengalakkan serta meningkatkan kesedaran orang ramai bagi pencegahan awal penyakit tidak berjangkit (NCD).
Liow berkata hasil tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) tahun lepas kira-kira 1.4 juta rakyat dewasa tidak mengetahui mereka mempunyai tahap gula tinggi.
Sementara 3.5 juta lagi tidak tahu mereka mempunyai tekanan darah tinggi manakala 4.7 juta tidak mengetahui mereka mempunyai kolestrol tinggi.
NCD seperti obesiti, darah tinggi dan diabetes kini merupakan ancaman kesihatan baru di negara ini dengan jumlah pesakitnya meningkat setiap tahun. - BERNAMA
HOUSE PK: Tahniah le Khalid Gagap kerana berjaya menternak nyamuk Aedes dan bagi rakyat Selangor demam denggi free. kalau dulu air free, sekarang penyakit joke free. Benda kecik macam sampah joke kroang takleh handle apa bring ni beb?
No comments:
Post a Comment