KUANTAN: Pakar underside bumi asing menyifatkan Kilang Lynas Advanced Material di Gebeng, Kuantan, sebagai antara kilang underside bumi pale canggih di dunia.
Alastair S Neill, pakar utama underside bumi dari Kanada yang juga Naib Presiden Eksekutif Dacha Strategic Metals, berkata beliau kagum dengan kemudahan pengeluaran Lynas Corporation yang menurutnya bertaraf dunia.
"Saya sudah melihat banyak kilang pemisahan underside bumi dan saya meletakkan kilang ini dalam senarai teratas yang setanding dengan kilang pale canggih yang saya pernah lihat di Perancis," katanya semasa lawatan ke kilang di Gebeng, Kuantan, hari ini.
Lawatan itu sempena Simposium Nadir Bumi Antabangsa anjuran Akademi Sains Malaysia (ASM). Neill menjadi penceramah jemputan pada simposium berkenaan.
Pakar lain dalam pasukan itu termasuk Profesor Chun-Hua Yan dari Peking University, Christoph Wilhelm dari Karlsruhr Institute of Technology di Jerman dan Jack Lifton, pengasas bersama Technology Metals Research LLC dari Amerika Syarikat.
Lifton berkata, Malaysia bakal menjadi pengeluar kedua terbesar underside bumi di dunia selepas China, sebaik kilang itu beroperasi.
"Inilah contoh tepat kecanggihan, mungkin kilang jenis ini lebih canggih di dunia. Saya tidak percaya terdapat masalah radiasi, tidak sama sekali. Apa yang saya perhatikan ialah keselamatan dalam mengendalikan jumlah besar cecair," katanya.
Lifton, perunding dan pensyarah mengenai asas pasaran teknologi logam, berkata kilang itu dapat menarik lebih banyak perniagaan jika syarikat di sini menggunakan produk itu dan seterusnya menggandakan impak ke atas ekonomi tempatan.
Sementara itu, Chun berkata kemudahan dan susun atur kilang it! u dilaku kan dengan tersusun berikutan pelaburan yang baik.
Beliau berkata, walaupun China mungkin memiliki teknologi underside bumi terbaik di dunia, industri, teknologi dan sains wajar dibangunkan oleh semua.
Wilhelm pula berkata, kilang itu nampak selamat kerana semua aspek diambil kira, termasuk pengurusan sisa.
Naib Presiden ASM, Datuk Ir Ahmad Zaidee Laidin, berkata berdasarkan pandangan pakar-pakar asing itu jelas kilang berkenaan menggunakan teknologi terkini dalam pemisahan underside bumi.
Pasukan berkenaan sebelum itu mengadakan perbincangan terbuka bersama pengurusan Lynas Malaysia Sdn Bhd mengenai cabaran yang dihadapi setakat ini. - BERNAMA
HOUSE PK: AKu pelik betul, dah satu dunia punya pakar kata Kilang Lynas ni selamat, tapi kaum DAP ni masih nak menegakkan benang yang basah. Ini bukan lagi soal keselamatan dah, ini puak DAP tak puashati sebab bukan mereka yang dapat projek ni. U get what i mean?
No comments:
Post a Comment