SKANDAL BERAPI! APA CERITA ZHIDA RAFIK DAN SHAFIE AFDAL NI? KESIAN NAJIB....

Kesian la aku tengok Dato Seri Najib ni, dia bersusah payah nak memenangi hati rakyat, dari rambut hitam dah putih la dibuatnya. Bermacam-macam dia buat siang malam, aku percaya dia memang tak cukup rehat sebab jadual dia sentiasa penuh.

Tapi aku lagi kesian tengok Najib bila segala usaha dia akan menjadi sia-sia kalau Menteri-Menteri dia atau orang yang berada dalam kabinet dia tak tau nak jaga diri. Apa yang aku nak ceritakan kat sini ialah tentang tuduhan atau pendedahan terbaru dari Pakatan mengenai seorang pemimpin UMNO. Meh kita baca petikan tersebut:

Berita terbaru tentang skandal yang melibatkan nama Datuk Shafie Apdal dengan artis Zahida Rafik pastinya menambah rencah baru dalam senario politik negara. Aduuuuuh ... apa pulak nih .. Saya copy dari dua blog, komen saya dipenghujung.

Ia berpunca dari lapuran polis yang dibuat oleh pemandu peribadi Zahida. Noor Azman Azemi 38 sebagai membalas laporan awal yang dibuat oleh Zahida terhadapnya yang menuduhnya melarikan wang RM200,000 miliknya. Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.


Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

Datuk! akan be rjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana road house sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

Pada tarikh twenty-nine Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida.

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen hari ini. Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012. Baca seterusnya disini

Sekarang ni kita tak tau kisah ni betul atau tidak! Tapi cerita ni dah keluar dan ingat lagi group Mak Lampir ni? Mereka juga telah meyerang NFC sebelum ini. Sekarang mereka mula serang Shafie Afdal pulak. Kesian Najib..

Aku percaya lepas ni makin ramai pemimpin UMNO yang akan mereka serang. Persoalannya sekarang ni, adakah benar dakwaan ini? Shafie tak boleh nak nafikan begitu sahaja, dia kena SAMA bekas driver Zahida dan semua yang menuduh dia! Kalau diam ......hmmmmmm......

Apa komen anda semua?

No comments: