Oleh : PAPARAZZI SABAHKINI.NET
SELAIN belanja bulanan lebih RM500,00 sebulan, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Datuk Shafie Apdal terpaksa berbelanja lebih untuk menyediakan sebuah rumah mewah kepada 'Artis Plastik', gelaran untuk Zahida Rafik, yang telah menjalani Pembedahan Plastik beberapa kali untuk merubah wajahnya di London.
Setelah menjalankan siasatan rapi, Paparazzi berjaya mengekori Zahida dan mengenalpasti rumah mewah bernilai lebih RM 4.5 juta yang dibelikan Shafie sebagai tanda kasihnya; yang terletak di No 18, The Valley, Jalan TTDI 3, Taman Bukit Indah, Ampang, Kuala Lumpur.
Rumah ini adalah rumah kedua, selain rumahnya di London yang bernilai lebih RM10 juta yang dibeli ketika mereka dikhabarkan bernikah di London menjelang Hari raya Aidil Fitri tahun lalu.
Pernikahan ini pada mulanya tidak diketahui oleh isteri Shafie, Datin Shuryani binti Shuaib, anak kepada salah seorang 'Datuk T' (Shuaib Lazim) yang mendedahkan Video Seks yang didakwa melibatkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
< /span>
Paparazzi mendapat tahu daripada sumber terdekat Jabatan Perdana Menteri bahawa Shafie mengakui di hadapan Perdana Menteri bahawa beliau telah menikahi Zahida selepas Noor Azman Azemi membuat laporan polis; namun terpaksa merahsiakan pernikahannya bagi menjaga hati isteri dan enam orang anaknya; malah turut dinafikan Zahida.
Agak aneh, Shafie yang tidak mempunyai rumah di Semporna (rumah peninggalan arwah bapanya) sanggup membelikan Zahida rumah dan kereta mewah, serta belanja bulanan yang cukup lumayan bagi membolehkan Zahida menaiktaraf wajah Melayu-Pakistan kepada Arab-India.
PLASTIK.....Mampukah Wajah Plastik Zahida bertahan lama sedangkan Michael Jackson gagal menjaga bentuk hidung dan wajahnya sehingga ke akhir hayat.
Paparazzi juga agak terkejut kerana Ketua Pemuda UMNO Semporna yang Pro-Shafie selama ini bagaikan melempar batu ke kolam yang tenang kerana Facebooknya menyiarkan posting Habbal Min Sampulna yang dilinkkan dengan posting Nescafeais yang menyatakan;
"Endsini ma hilling apotek na etih sab hilling Melayu atau nih tulis mareom bahasa Melayu....Nih Harap Shafie anganjawab hal etih okok ambbal abuhuk onnah."
! < /em>
(Sebelum ini cakap orang putih, nah ini pula cakap Melayu atau ditulis Bahasa Melayu. Diharap Shafie dapat menjawab perkara ini supaya namanya tidak busuk.)
Percubaan Paparazzi menghubungi Zahida gagal dan SMS yang dihantar ke telefon Zahida 0122087497 dan 0192052330 juga tidak berbalas; manakala Shafie masih diam seribu bahasa sekalipun marah-marah sayang kerana nama 'isteri' keduanya sering menjadi perbualan rakyat setiap majlis yang dihadirinya.
Paparazzi akan mendedahkan lebih banyak lagi rahsia Zahida; terutama 'Pesta Seks' dan kehidupan liarnya; tetapi direstui Shafie dalam waktu terdekat. Kenapakah Datin Suryani mendiamkan diri jika benar Zahid hanya Gundik atau Isteri kedua tanpa poligami? - Sabahkini
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment