AKHIRNYA DATO BANDAR KL BERSUARA.....

Satu kumpulan yang mendakwa mereka terdiri daripada pelajar-pelajar universiti telah berkumpul tanpa mendapat assent daripada Datuk Bandar adalah merupakan satu kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 dan mendirikan khemah atau apa jua barangan adalah kesalahan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

Kumpulan tersebut telah diberi nasihat dan amaran oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur(DBKL) bahawa perbuatan berkenaan adalah merupakan satu kesalahan. Di atas keingkaran mereka, DBKL telah mengambil tindakan merampas barang-barang terdiri daripada khemah, kain rentang dan lain-lain peralatan yang berada di lokasi tersebut pada tarikh fifteen Apr 2012.

Walaupun tindakan diambil oleh pihak DBKL dan usaha memujuk telah dilakukan kumpulan tersebut masih terus berada di Dataran Merdeka sehingga 21 Apr 2012. Pada 21 Apr 2012 jam 5.15 petang, pihak DBKL telah sekali lagi menasihati mereka untuk mengosongkan tapak di Dataran Merdeka bagi memberi laluan kepada ambulan Di Raja dan ambulan-ambulan yang diarah bertugas sempena Konsert Diraja pada malam 21 Apr 2012.

Read more...

No comments: