MB PALING CARGAS DENGAN AKSI HEBATNYA! MESTI TENGOK!

Aktiviti sukan seperti perlawanan bola sepak akan menjadi sebahagian daripada usaha kerajaan negeri dalam mempromosikan Tahun Melawat Perak 2012 agar sasaran menarik lima juta pelancong dapat direalisasikan dengan jayanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata melalui aktiviti seumpama itu, ia memberi peluang kepada orang ramai untuk mengetahui lebih lanjut mengenai destinasi pelancongan menarik di negeri Perak.

Aktiviti sukan seperti perlawanan bola sepak persahabatan adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk mempromosikan pelancongan negeri Perak.

Dengan cara ini, kita dapat mewar-warkan destinasi pelancongan menarik di negeri ini untuk tarikan pelancong dalam dan luar negeri, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili pasukan Menteri Besar menentang pasukan Barisan Artis Nasional dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Padang Ipoh, petang tadi.

Read more...

No comments: