CILI KASI TARUK! SAMPAH TERBIAR MENIMBUN, RONNIE LIU SIBUK BERJOLI!

Jika sebelum ini di sini kami memberi komen mengenai pembelian compactor sebanyak 50 buah, Sinar Harian ini melaporkan anak syarikat kerajaan negeri, Worldwide Holdings Berhad (WHB) menanggung kos RM800,000 sebelum tapak pemindahan sisa pepejal (SATS) di Seksyen 21 mula beroperasi pada Januari 10, 2012.

Dua isu timbul dari kenyataan exco kerajaan tempatan, kajian dan penyelidekan, Ronnie Liu di sidang Dewan Undangan negeri. Pertama, jika tapak beroperasi sudah beroperasi, kenapa pula sampah di kawasan perbandaran di Petaling Jaya, Shah Alam, dan lain-lain menjadi masaalah.

Kedua, sudahlah kerajaan negeri perlu belanja 50 compactor, setiap PBT diminta membuat inisiatif tambahan, dan kini WHB perlu belanja RM800,000.

Selain kesusahan yang dihadapi oleh rakyat kerana ganguan perkhidmatan hasil dari kerajaan negeri untuk memaksa Alam Flora memberhentikan perkhidmatan secara sukarela, kerajaan negeri perlu membuat perbelanjaan tambahan untuk menyediakan perkhidmatan sisa pepejal.

Jika Alam Flora dibiarkan berkhidmat tanpa ganguan dari kerajaan negeri, tiada perlu perbelanjaan dan masaalah perkhidmatan pada rakyat.

Read more...

No comments: