CILI KASI TARUK! MAHFUZ BUKAN BODOH TAPI JAHAT MACAM IBLIS!!!

Tersebar berita semalam, Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah telah meletakkan semua jawatan yang disandangnya. Bagaimanapun, berita tersebut tidak dapat disahkan. Namun petunjuk tentang tindakan terhadap Azizan Abdul Razak semakin ketara terutama selepas isu KUIN dan AUKU.
Berbeza daripada pemimpin-pemimpin PAS yang lain, Azizan memilih untuk menyokong AUKU terutama yang membabitkan penggantungan lima orang pelajar KUIN kerana melanggar tatatertib selaku pelajar di pusat pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri. Malah tindakan serta kenyataan Azizan yang memperkecil-kecilkan BUKU JINGGA menyebabkan pihak yang berpegang kuat kepada BUKU JINGGA itu, memarahi Azizan Abdul Razak.
Desas-desus tentang perletakan jawatan oleh Azizan Abdul Razak telah dimulakan oleh pihak dalaman PAS Kedah semenjak dua tahun yang lain. Malah pihak dalaman PAS jugalah yang membocorkan cerita tentang Azizan Abdul Razak yang beristeri baru dan masih muda.
Berita tersebut kemudiannya menjadi bahan lawak sehinggakan cerita dalam kain dan dalam kelambu Azizan Abdul Razak bersama isteri-isterinya menjadi bahan jenaka musuh-musuhnya dalam PAS Kedah sendiri.
PEMIMPIN-PEMIMPIN PARASIT PAS
Aziz Bari merupakan suara kepada PARASIT yang ditugaskan untuk memberi nasihat kepada Azizan Abdul Razak untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah. Cetusan yang dibuat oleh Aziz Bari sebenarnya merupakan cetusan kuasa PARASIT dalam PAS Kedah yang sudah tidak sabar-sabar untuk Azizan Abdul Razak melepaskan jawatannya.
Namun selepas pelbagai cerita buruk tentang Azizan Abdul Razak yang dikembangkan oleh PARASIT di Kedah dan di seluruh Malaysia, termasuklah berita yang dianggap boleh memalukan sekaligus menekan Azizan Abdul Razak, ternyata Menteri Besar Kedah itu tidak akur sebagaimana yang diharapkan.
Azizan Abdul Razak sebaliknya menempelak golongan yang telah menfitnahnya. Malah Menteri Besar Kedah itu juga merakamkan ikrar untuk terus memegang jawatan Menteri Besar Kedah sehingga penggal baru bermula.
Ikrar Azizan Abdul Razak sebenarnya tidak akan menutup mulut musuh-musuhnya di dalam PAS. Malah kerja-kerja jahat dari dalam PAS sedang dipergiatkan sebagaimana yang dilakukan oleh Mahfuz Omar dengan bantuan Phahrolrazi Zawawi, Amiruddin Hamzah yang terbabit dalam skandal seks dengan isteri orang, serta beberapa nama lain, termasuklah Taulan Mat Rasul yang merupakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang juga sedang santak dengan pelbagai masalah penyelewengan, termasuklah kontrak serta tender E-Idaman.
Azizan Abdul Razak sebenarnya tidak terjejas dengan UMNO Kedah, sebaliknya lebih terdedah kepada bahaya pembunuhan oleh PARASIT-PARASIT dalam PAS Kedah yang sedang bergerak pantas untuk menyaingi PARASIT-PARASIT dari negeri lain. PARASIT PAS Kedah yang diketuai oleh Mahfuz Omar kerap kali bertemu dan membincangkan tentang proses yang seterusnya untuk menghapuskan Azizan Abdul Razak daripada barisan kepimpinan negeri.

No comments: