AYOYO! APA BENDANYA RTC NI?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, pengagihan kekayaan kepada pembangunan sektor luar bandar dan module sosial dapat dilaksanakan hasil daripada kekuatan ekonomi yang dinikmati negara hari ini.

Sehubungan itu, kerajaan katanya, perlu melaksanakan projek besar membabitkan PETRONAS, khidmat rel MRT dan Wilayah Iskandar Malaysia di Johor bagi memacu pertumbuhan ekonomi yang pesat.

Jika projek besar tidak dilaksanakan, maka hasil negara kurang, hutang bertambah dan defisit meningkatMalaysia akan dianggap negara yang gagal seperti yang berlaku kepada beberapa negara di Eropah, katanya.

Namun, ekonomi negara pada tahun lalu kata Najib, telah berkembang pada 5.1 peratus dan mengalami defisit lima peratus berbanding 5.6 peratus tahun sebelumnya.

Read more...

No comments: