Penduduk yang terlibat merupakan para penduduk yang dipindahkan dari projek pembinaan LRT Datuk Keramat dan Kampung Baru yang ditempatkan semula oleh DBKL sejak hampir 20 tahun yang lalu.
Bagi memenuhi keperluan beribadat, para penduduk telah menimbus lombong dan membina surau berkenaan dengan belanja sendiri. Surau tersebut mendapat pengiktirafan dari Jabatan Perdana Menteri dan JAWI. Ianya menjadi tempat ibadat dan pengajian agama masyarakat setempat dan sekitarnya. Pelbagai program keagamaan, sosial dan kebajikan telah diadakan sekian lama di surau tersebut.
Para penduduk cuba memohon standing hakmilik tanah dari pihak berkuasa namun diberitahu bahawa tiada geran boleh dikeluarkan ke atas tanah lombong lebih-lebih lagi kerana tanah tersebut berada berdekatan talian elektrik bervoltan tinggi.
Apa yang menjadi persoalan adalah, kami telah menerima notis mengosongkan hartanah dengan segera dari peguam yang mengatakan bahawa tanah tersebut telah dimiliki oleh pemaju. Kami dihalau keluar dan diminta mengosongkan tanah tersebut sebelum 30hb Januari 2012. Ini bermakna bukan sahaja kediaman dan premis perniagaan kami akan dirobohkan malah surau Al-Jabbar yang dibina atas titik peluh masyarakat di sini juga akan dilenyapkan.
Hasil maklumat yang diperolehi mengatakan pemaju telah memperolehi hak pemilikan tanah pada bulan Julai tahun lepas. Ini yang menghairankan kami kerana pihak kami telah juga sekian lama membuat permohonan ke atas tanah tersebut dan ditolak dengan alasan tiada geran boleh dikeluarkan terhadap tanah kami kerana terletak amat berhampiran dengan kabel elektrik dan ianya merupakan bekas lombong.
Kami mengesyaki terdapat salah laku berlaku dalam proses penyerahan hakmilik kepada Syarikat Fiftynine Inc Sdn Bhd dan memohon perkara ini disiasat segera oleh pihak-pihak berkenaan.
Setakat ini pihak kami telah beberapa kali bertemu dengan pihak wakil rakya! t, DBKL dan Menteri Wilayah serta menghantar memorandum kepada pelbagai pihak, namun semuanya senyap sepi tanpa berita. Sebaliknya notis pengosongan yang kami terima.
Kami merasa amat kesal, teraniaya dan dikhianati.
Maka atas dasar tersebut kami akan mengadakan perhimpunan bersatu dengan menggabungkan semua saudara-saudara kami dari seluruh Malaysia bagi menyatakan rasa kesal atas perkara ini dan berikrar akan mempertahankan tanah ini dengan apa cara sekalipun.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Live humbly, no matter how rich you become
Faedzah Fuad
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70x Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur
03-42577222/019-359 1000
www.muslimconsumer.org.my
FACEBOOK : ppim4u
TWITTER : http://twitter.com/#!/PPIM4U
House PK: Aku pelik la, kita dok pertahankan semua surau-surau yang nak dirobohkan oleh PAS! Macamana kita boleh terlepas pandang yang berada dalam kawasan kita? Kesian penduduk-penduduk disitu, mereka perlukan pembelaan.
Sent by Maxis from my BlackBerry smartphone
No comments:
Post a Comment