PANAS BERAPI! LAGI PENDEDAHAN MENGENAI SURAU AL JABBAR!

Rentetan kisah Surau Al jabbar yang telah aku siarkan semalam, blogger Sanggah Tok Janggut telah membuat pendedahan lebih eksklusif. Mari baca..

TUNJUK perasaan yang berlaku di Kawasan Industri Putra Damai,Mukim Setapak yang menempatkan pengusaha-pengusaha bengkel motor,bengkel membaiki kenderaan,bengkel mengetuk dan mengecat kenderaan,kimpalan,kedai makan serta menempatkan Surau Al Jabbar dari dirobohkan oleh pihak pemaju membuka satu persoalan yang menarik untuk didebatkan di sebalik arahan mengosongkan Kawasan Industri itu.

Tapak tanah HSD 118118,No Lot PT 9311 pada keluasan 33112 scale persegi yang menjadi rebutan pemaju dan telah pun diluluskan pembermilikan telah mengundang kemarahan yang bukan sedikit kepada pengusaha terbabit hingga mereka melancarkan tunjuk perasaan menentang pengambilalihan tanah tersebut untuk tujuan pembangunan, yang mereka sifatkan sebagai satu rompakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan didalangi oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

Tapak tanah tersebut telah diluluskan Lesen Menduduki Sementara pada tahun 1995 oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk tujuan tapak bengkel bagi menempatkan bengkel-bengkel yang terlibat dengan projek Transit Aliran Ringan sehingga tahun 2007 dan DBKL memberikan alasan bahawa beliau mereka tidak menerima sebarang permohonan daripada pengusaha bengkel selepas tahun itu sedangkan dalam chit yang dihantar kepada Perdana Menteri jelas menunjukkan bahawa mereka pernah memohon tetapi kerana tanah tersebut adalah tanah bekas tapak lombong,nombor-nombor lot gagal dikeluarkan tapi bila permohonan dibuat oleh syarikat,boleh pula dikeluarkan lot-lot dari tapak tanah itu.

Tanah tersebut diluluskan pe! rmohonan yang tidak sampai setahun kepada pemohon iaitu syarikat 59iNC Sdn Bhd tanpa mengambil kira kepentingan pengusaha terbabit yang mengusahakan tanah itu daripada lombong terbiar kepada satu kawasan industri dan notis perpindahan yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat guaman mewakili syarikat ini sebagai satu tindakan ala gansterisme walaupun tercatat syarat bahawa pengusaha ini perlu diberikan kawasan baru dan ganjaran setimpal hasil usaha mereka membangunkan tanah tersebut setelah diberikan Lesen TOL oleh DBKL.

Read more...

No comments: