Blog-blog pro-Pakatan sebenarnya cuba memanipulasikan sebarang berita yang berkaitan dengan Adam Adli serta gerombolan pelajar-pelajar universiti yang tidak berpuas hati dan gila demonstrasi. Justeru sebarang berita yang dianggap boleh meraih simpati dan meningkatkan kebencian awam terhadapi institusi penguatkuasaan undang-undang seperti PDRM, maka mereka akan berusaha untuk memanipulasi berita tersebut dengan sedaya upaya.
Tengah malam Tahun Baru 2012 menyaksikan Adam Adli serta kumpulan pelajar yang menganggotai SMM dan BEBAS membuat demonstrasi di hadapan UPSI. Alasan kepada demonstrasi tersebut adalah KEBEBASAN AKADEMIK dan SELAMATKAN ADAM ADLI. Adam Adli yang menjadi penyebab utama demonstrasi tersebut dikutuk dan dihina oleh sebahagian besar rakyat Malaysia kerana berperangai biadap dalam satu demonstrasi yang menyaksikan bendera berwajah Najib Abdul Razak diturunkan.
Walaupun dinafikan, laporan daripada beberapa sumber menyatakan bendera yang diturunkan telah dipijak-pijak sebelum dinaikkan semula. Apatah lagi demonstrasi jalanan sehingga ke pekarangan PWTC yang kemudian disambut pula oleh Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah, sememangnya mempunyai ciri-ciri khusus campurtangan Pakatan khususnya PKR di dalamnya.
Read more...
No comments:
Post a Comment