KENYATAAN PEMUDA UMNO MALAYSIA MENGENAI KEPUTUSAN KES DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


Sebagai sebuah institusi politik yang memegang teguh kepada prinsip kedaulatan undang-undang disamping menghormati kebebasan serta kewibawaan badan kehakiman negara, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akur dengan keputusan mahkamah hari ini dalam kes yang melibatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan ini sekali lagi telah membuktikan kebebasan sistem kehakiman kita yang selama ini dituduh oleh pihak pembangkang sebagai korup, berat sebelah dan di bawah telunjuk kuasa eksekutif.

Perlu diingat, keputusan kes ini bukanlah kali pertama keadilan telah memihak kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim. Pada tahun 2004, Mahkamah Persekutuan telah membebaskan beliau dari tuduhan melakukan kesalahan yang sama. Pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain juga telah mendapat keadilan di mahkamah termasuk Lim Guan Eng yang telah menang kes saman malunya terhadap Utusan Malaysia.

Badan kehakiman negara juga telah menjatuhkan hukuman terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional termasuk baru-baru ini ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamed Khir Toyo.

Semua ini jelas menunjukkan pemulihan kewibawaan badan kehakiman negara dan menyangkal dakwaan bahawa ada campur tangan politik dalam kes-kes mahkamah.

Kami juga menolak hujah yang mengatakan kes terhadap Dato' Seri Anwar merupakan satu konsiprasi politik untuk menjatuhkan beliau. Kes ini berpunca daripada laporan polis yang telah dibuat oleh seorang individu iaitu Saiful Bukhari Azlan terhadap Dato' Seri Anwar. Individu ini tidak ada kaitan dengan kerajaan atau parti pemerintah. Beliau cuba mendapat keadilan atas apa yang didakwa berlaku antara beliau dan Dato' Seri Anwar. Kes ini melibatkan dua individu dan dakwaan mengenai apa yang berlaku antara dua individu tersebut dan langsung tidak melibatkan kerajaan.

Sudah pasti, sekiranya ada tuduhan yang serius yang melibatkan jenayah, proses keadilan perlu dijalankan. Dalam kes ini Saiful dan Dato' Seri Anwar diberi peluang yang adil di mahkamah dan proses keadilan telah ! dijalank an secara terbuka tanpa prejudis terhadap mana-mana pihak.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia langsung tidak khuatir dengan keputusan mahkamah dalam kes ini. Bagi kami, penerimaan rakyat terhadap Barisan Nasional dalam pilihanraya akan datang, tidak ditentukan melalui kes Dato' Seri Anwar. Ini merupakan kes peribadi beliau yang sudah sampai ke penghujungnya. Bagi kami, yang rakyat akan nilai adalah kesungguhan Barisan Nasional dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, membawa transformasi politik dan ekonomi untuk melahirkan demokrasi yang lebih utuh dan negara yang lebih progresif dan maju.

Kami yakin module transformasi politik kerajaan yang telah membawa keterbukaan dan menjamin kebebasan serta hak asasi dengan proses pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, penghapusan pengisytiharan darurat, kebebasan polittik yang diberi kepada mahasiswa dan pindaan kepada Akta Mesin Cetak dan Penerbitan telah membawa sokongan yang padu dari rakyat, terutamanya generasi muda, terhadap kepimpinan Perdana Menteri.

Kejayaan transformasi ini akan menjadi penilaian rakyat pada pilihanraya akan datang, bukannya keputusan mahkamah dalam kes peribadi antara Dato' Seri Anwar dan Saiful.

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia juga ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Menteri Dalam Negeri dan Polis Di Raja Malaysia atas kematangan dalam menangani perhimpunan penyokong-penyokong Dato' Seri Anwar di mahkamah pagi tadi. Walaupun berlaku beberapa letupan, polis telah menjalankan tugas dengan adil dan tegas dalam membenarkan penyokong-penyokong Dato' Seri Anwar berhimpunan selaras dengan hak asasi rakyat yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan semangat akta baru mengenai perhimpunan aman yang juga menjadi kejayaan transformasi politik kerajaan dalam menjamin kebebasan sivil rakyat.

Kami berharap agar siasatan ke atas kejadian letupan tersebut dapat dilaksanakan dengan segera disamping berdoa agar mereka yang cedera dalam letupan pagi tadi cepat sembuh dari apa ! sahaja k ecederaan yang dialami.

Read More @ Source

Puisi Tragedi Bima, Karya Adhie Massardi

Uploaded by www.indonology.com. Tragedi berdarah kembali meledak di Indonesia. Demi membubarkan protes warga yang menduduki Pelabuhan Sape, Bima, Nusa Tenggara Barat, aparat rela mengeluarkan peluru tajamnya. Tak ayal, sejumlah nyawa joke melayang. Sedangkan warga lainnya terluka. Sepertinya, aksi kekerasan masih menjadi "jalan pintas" dan "solusi" untuk menyelesaikan masalah di Negeri ini. Terlebih, rakyat kecil selalu yang menjadi korban kekerasan aparat. Insiden Bima joke menggugah simpati aktivis Gerakan Indonesia "Barisan Nasional", Adhie Massardi. Ia joke kemudian memotretnya dalam sebuah puisi. Mari kita simak puisi Adhie Massardi berjudul Bima. (*) Bima Inilah Sabtu yang akan dicatat sejarah, sebagai hari terkutuk dan bersimbah darah Pada siang yang panas menjelang natal, ketika langit hendak memamerkan kedamaian pada bumi di Teluk Sape Rakyat menangis meratapi nasibnya, masa depan mereka dijarah penguasa tamak Tapi, siapa mau mendengar ratapan mereka? Sedang penguasa yang alpa mengurus negara sibuk menghitung dan membagi harta jarahan Sambil bersulang anggur, mereka saling menegur. "damai di langit ... " "damai di kalangan elit .... " Sementara di bumi, di tempat rakyat hanya bisa mengumpat, sepasukan manusia tak berjiwa menerjang, menendang dari senjata mereka yang sudah terkokang bermuntahan peluru, mendesing ke segala arah Lalu, Teluk Sape bersimbah darah Mesuji bersimbah darah Papua bersimbah darah di mana-mana tubuh tergolek tak berdaya, mereka bergelimpangan ditendang ...

Video Rating: 5 / 5

More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolit! ics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: