GAY 901! MESEJ KHAS UNTUK UMAT ISLAM PASAL 901! MUSTI BACA!



Umat Islam diminta berhati-hati dengan ideologi khawarij qaiidiyyah yang didapati cuba mengajak rakyat melakukan provokasi terhadap institusi kerajaan, kehakiman dan raja tanpa mengangkat senjata.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahya berkata, cubaan mempertikaikan keputusan mahkamah juga mempunyai ciri-ciri khawarij qaiidiyyah di mana ia merupakan kumpulan yang dibenci dan akan diperangi oleh Rasulullah SAW.

Katanya, ideologi yang wujud pada zaman Nabi Muhammad SAW dan diasaskan oleh Zulkhuwaisirah itu bertujuan memastikan para sahabat ragu dengan keadilan Rasulullah SAW.

Saya tidak bermaksud ketiga-tiga institusi iaitu kerajaan, kehakiman dan raja suci bersih daripada sebarang salah dan silap. Namun perlu diingat kesalahan dan kesilapan individu adalah lumrah manusia. Tetapi tidak semestinya kesalahan tersebut merosakkan institusi.

Cuma persoalannya, bagaimana kita perlu menangani kesalahan dan kesilapan tersebut? Adakah dengan provokasi? Demonstrasi? Roboh penjara? Runtuhkan sistem kehakiman? Ibarat kapal yang bocor, adakah kita pecahkan kapal atau kita baiki, katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Qaiidiyyah berasal daripada perkataan Arab iaitu qaada bermaksud duduk. Dinamakan sebagai Qaiidiyyah kerana mereka hanya duduk dan melakukan provokasi tanpa mengangkat senjata.

Fathul Bari dalam pada itu menjelaskan, sekiranya umat Islam termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim berdepan dengan ujian seperti dalam kes liwatnya, hendaklah beliau menangani dengan cara yang baik dan positif.

Katanya, setiap perkara yang baik itu sebenarnya dapat menghapuskan yang buruk sebagaimana hadis Rasulullah SAW riwayat Ahmad.

Kalau disebut pasal demonstrasi untuk menuntut keadilan, seharusnya Nabi Muhammad SAW antara yang pale awal tetapi baginda tidak melakukannya apatah lagi untuk mencanangkannya kepada sahabat.

Adakah dengan demonstrasi kita mengikut jalan Rasulullah SAW dan sahabat baginda? Sed! angkan A llah menyeru umat-Nya mengikut jalan-Nya yang lurus dan tidak mengikut jalan selain-Nya kerana ia akan menyebabkan kita berpecah dari jalan Allah, katanya.

Sementara itu, Fathul Bari ketika mengulas mengenai perhimpunan haram Kempen Bebaskan Anwar 901, meminta rakyat tidak terlibat sama kerana ia akan membawa kepada fitnah yang lebih besar kepada mereka dan hukum berdemontrasi adalah haram di sisi syarak.

Katanya, demonstrasi atas nama hak asasi manusia yang dilaungkan sebenarnya adalah retorik semata-mata kerana kumpulan penunjuk perasaan itu sering melanggar hak-hak asasi orang lain seperti hak jalan, keamanan, majoriti dan sebagainya.

Pada masa sama katanya, golongan ilmuwan dan profesional juga diminta supaya berfikir dan menilai perhimpunan itu menerusi neraca agama dan bukannya emosi kerana demonstrasi mendatangkan keburukan yang lebih besar daripada kebaikan.

Sesungguhnya cara yang pale kuat untuk menyelesaikan masalah umat adalah berdoa kepada Allah seterusnya berusaha mengikut cara syarie. Demonstrasi bukannya tindakan berasaskan syarie kerana keburukannya lebih besar, katanya utusan

No comments: