GEMPAR! AZMIN ALI BAKAL MB SELANGOR? KHALID GAGAP NAK LETAK MANA?

INI kes syok sendiri, pengacara Azwan Ali, adik kepada Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali twitter kata dia dapat sumber sah, abang dia akan bila-bila masa akan jadi Menteri Besar Selangor yang baru.

Di laman sosial twitternya @azwanNur pada Ahad tulis begini "Slm. Ko MEROYAN lah thirty hari sebulan pun! Yg ptg (penting) ? AA dah dapat SUMBER SAH! @Azminali anytime New MB SGR! Yeayyyyyyyy! Ko hado?,"

Tweet tersebut bertarikh 18 Disember jam 8.24 pm.

Kawan joke mulanya tidak sedar, tapi bila timeline (garis masa) di chatter kawan asyik terbaca pasal Azwan buat self-proclamation abang dia hendak jadi MB, kawan joke tertarik juga hendak baca.

Bila buka saja akuan chatter Azwan, baca tweet-tweet dia, terasa alahai...syok sendiri punya kaki.

Ada kawan-kawan yang turut baca tweet-tweet dia bagi macam-macam komen lucu yang rasanya tak perlu disebut di sini.

Selain twitter merencam tersebut, ada macam-macam twitter lagi termasuk yang mempersendakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri.

Kok ya joke nak sokong abang sendiri, tak payahlah guna bahasa bukan-bukan sampai menjatuhkan martabat sendiri sampai naik geli geleman orang membacanya.

Contoh tweetnya begini "Slm. MEDIA SOSIAL! Kata PM? IN DEMAND! Hellooo? Demand Satu Hal? Budaya BIADAP MAKI OWANG Direct mana mana Laman Owang? Ko buat Apa?"

Banyak lagi contoh, termasuk yang bahasanya kurang sopan.

Seorang kawan yang mulut lazer sikit kata mungkin Azwan dah 'miang politik' kot akhir-akhirnya pasal namanya sebagai pengacara makin tenggelam.

Ikut cakapnya dia cukup naik semak perut kalau tengok Azwan tampil di televisyen sebagai pengacara.

"Tah apa-apa melalut...",katanya.

Yang peliknya, abang dia tak m! alu ke t engok gelagat adik macam itu? atau abang joke syok juga sebab dicanang bakal MB baru oleh adik sendiri...

Tentu Tan Sri Khalid Ibrahim geli kena geletek.

Agendadaily

No comments: