CILI KASI TARUK! ANWAR JUBURI ADALAH GODFATHER ADAM ADLI!

Perbuatan menurunkan bendera, apa jua bendera di kawasan tuan rumah menggambarkan sikap kurang ajar si pelaku. Ia tidak ubah seperti satu penghinaan, yang secara anak jantannya mencabar hulubalang-hulubalang di rumah tersebut. Perbuatan ini cukup sinonim pada ketika perang, di mana bendera (panji) akan cuba dirampas, atau diturunkan sebagai tanda kemenangan pihak musuh.

Perbuatan seorang mahasiswa yang menurunkan bendera PM adalah satu cabaran yang jelas ditujukan kepada UMNO dan Barisan Nasional. Lebih menghinakan, ianya dilakukan di PWTC, bangunan yang cukup sinonim dengan kemegahan dan sejarah sebuah parti politik yang diberi nama, dalam Bahasa Melayu sebagai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

Inilah antara ciri-ciri fahaman Anarkisme; suatu falsafah dan cara hidup yang menolak pemaksaan kedaulatan sesuatu kerajaan ke atas seseorang. Lebih penting, tindakan ini melanggar prinsip amalan demokrasi yang menjadi pegangan rakyat negara ini, yang telah memilih kerajaan hasil dari pilihan majoriti rakyat.

Gerakan dari mahasiswa ini sebenarnya sudah lama diketahui ramai, dengan penglibatan PKR dalam majlis-majlis yang melibatkan golongan ini. Pemansuhan AUKU seperti yang dituntut oleh sebahagian mahasiswa sebenarnya bermotifkan kepentingan individu-individu tertentu. Mahasiswa dipergunakan sebagai kuda perang mereka.

AUKU dilembagakan bukanlah atas dasar ketakutan pada bayang-bayang sendiri, akan tetapi ia bertitik tolak dari kejadian huru-hara yang juga berpunca dari seorang manusia bernama Anwar Ibrahim, yang pada suatu ketika membawa mahasiswa berdemo di jalanan, yang mengakibatkan ibukota ketika itu lumpuh, dengan kesesakan lalu lintas dan kacau bilau serta kerosakan harta awam.

Sejarah membuktikan demon! strasi j alanan hanya membawa kecelakaan, dan kejadian baru-baru ini membuktikan bahawa pendapat yang dipegang sekian lama itu ada kebenarannya. Tiada siapa dapat menduga apa yang bakal berlaku, sungguhpun ada pihak penaja demonstrasi cuba memberi jaminan keselamatan dan keamanan dari pendemo. Dan di PWTC, demo yang kononnya aman, tanpa provokasi dari mana-mana pihak berkesudahan kepada satu perbuatan menghina pihak lain, persis gaya Lim Kit Siang yang memijak-mijak bendera Malaysia dan buku perlembagaan negara pada 1969!

Keberanian luar biasa mahasiswa itu sebenarnya berpunca dari sikap menteri yang berkenaan yang sering dilihat berpihak kepada golongan ini. Sehingga satu tahap, timbalan menteri tersebut pernah melindungi sebuah pertubuhan pelajar yang berkempen di Galas. Ruang dan dahan yang rendang diberikan kepada mahasiswa untuk dijadikan payung, maka itulah asas besar kepala dan kurang ajarnya mereka pada hari ini.

Dan apabila keadaan di luar kawalan, tahu pula timbalan menteri berkenaan menyerahkan masalah yang telah lama dijangka ramai pihak kepada pihak Polis.

Ianya menyamai gaya politik pembangkang, yang akan menyerahkan masalah kepada polis, selain menuding pihak polis sebagai punca terjadinya masalah kerana kononnya gagal menjaga keselamatan awam dan sebagainya apabila berlaku sesuatu huru hara.

Apakah timbalan menteri tersebut terkeliru parti mana yang beliau wakili?

Kejadian yang biaDAP seperti ini membuktikan AUKU masih lagi relevan, kerana mahasiswa yang ada masih belum matang untuk berpolitik, dan menterjemahkan kemahuan berpolitik dengan tanpa keupayaan mengawal emosi.

Sumber: Selangor Daily

No comments: