AMEKAW! ZAMBRY BUAT PEMBANGKANG TAK SENANG DUDUK!

Kita semua tahu tentang sifat dengki Pakatan khususnya DAP terhadap segala bantuan dan pemberian kerajaan kepada rakyat Malaysia. Tak terkecualilah dengan Pakatan di negeri Perak ini. Ada saja yang tak kena bagi mereka apabila kerajaan BN menunjukkan keprihatin kepada masyarakat.

Sekarang ini tumpuan rakyat pastinya terhadap dua bentuk bantuan dari kerajaan dibawah module 1Malaysia iaitu Bantuan Rakyat 1Malaysia yang berjumlah RM500 satu keluarga, dan juga module Kedai Rakyat 1Malaysia bagi mengurangkan beban rakyat didalam menampung belanja keperluan harian.

Rakyat Perak pastinya menjadi penduduk Malaysia yang bertuah kerana baru 2-3 hari lepas, Menteri Besar DS Zambry telah mengumumkan untuk membuka sebanyak 59 buah Kedai Rakyat 1Malaysia di seluruh negeri Perak pada tahun 2012.

Inisiatif ini diambil oleh Menteri Besar tersebut kerana mahu meringankan beban rakyat yang berpendapatan sederhana dan rendah di negeri ini. Ini juga membuktikan bahawa DS Zambry ialah seorang Menteri Besar yang amat pihatin dengan kesempitan hidup rakyat.

Read more...

No comments: