16 OKT Laskar asalnya perkataan Parsi, tapi digunakan secara meluas di Indonesia hingga kita di Malaysia pun ada tersalah anggap ia bahasa asal negara jiran itu. Gabungan enam huruf berkenaan tambah renouned di negara kita bila ada novel dan filem bertajuk Laskar Pelangi, tapi pale renouned lagu didendangkan kumpulan Nidji.
Semakin lama, populariti Laskar Pelangi semakin menghilang tidak lagi dijadikan bahan sembang, sama seperti nasib Nidji yang kini semakin suam.
Tenggelamnya Laskar Pelangi, kita di Malaysia diperkenalkan kepada satu lagi laskar baru. Orang di Indonesia memanggilnya Laskar Merah Putih (LMP), kumpulan yang baru-baru ini berdemonstrasi di depan bangunan kedutaan besar kita di Jakarta.
Jika diterjemah secara tak langsung, LMP maksudnya askar Indonesia kerana merah putih warna bendera negara mereka atau sering disebut 'Sang Saka Merah Putih'.
Khamis dan Jumaat lalu, tersiar gambar di surat khabar, televisyen dan portal berita aksi penunjuk perasaan kesan isu tercetus secara tiba-tiba, membabitkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Pemimpin dan anggota LMP berseragam celoreng membawa sepanduk dan berucap mengecam negara kita. Sehari sebelum itu, satu lagi kumpulan dipanggil Forum Betawi Rempug juga melakukan aksi sama. Bukan sekadar tunjuk perasaan, tetapi turut diisi unsur keganasan.
Kumpulan itu meluahkan kemarahan mereka, kononnya Malaysia merampas tanah di Camar Bulan dan Tanjung Datu di Kalimantan Barat. Insiden terbaru mengembalikan ingatan kepada aksi Kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera) kira-kira setahun lalu, tapi ketika itu aksi Bendera lebih ganas dan tidak terkawal.
Penulis berpeluang berbicara dengan Koordinator Bendera, Mustar Bona Ventura Manurung melalui telefon, antara lain bertanya apa asas perjuangan mereka dan apa punca mahu ganyang Malaysia. Dijawabnya, mereka mahu Kerajaan Indonesia melakukan pembaharuan, memberi keadilan kepada rakyat, ringkasnya reformasi total.
Dalam rea! ksinya j uga, Mustar memaklumkan tidak salah kalau Indonesia melancarkan perang ke atas Malaysia.
Perang dilabelnya sebagai gagasan baru dan jangan dianggap negatif! Baginya, diplomasi, dialog dan rundingan tidak boleh selesaikan masalah.
Pendirian Mustar ketika itu lebih kurang sama dengan LMP yang dipimpin Adek Erfil Manurung. Dijulang poster jelas membenci negara kita, kata-kata 'Ganyang Malaysia' seperti sudah jadi sesuatu yang wajib setiap kali berdemonstrasi apabila timbul isu hubungan dua hala Kuala Lumpur-Jakarta.
Bukan mereka tidak sedar ada kira-kira dua juta rakyat Indonesia di Malaysia diberi peluang mencari rezeki untuk menyara diri dan keluarga, malah ada bertemu jodoh dengan rakyat kita dan hidup selesa. Bukan juga mereka tidak tahu, penyelesaian pale praktikal adalah melalui perbincangan, bukan perang yang memudaratkan.
Sebab itu, jangan dianggap retorik kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, tidak menolak kemungkinan rusuhan di Jakarta itu sengaja dicetuskan pihak tidak bertanggungjawab bagi menarik perhatian terhadap masalah dalaman dihadapi mereka, menjadikan Malaysia sebagai 'punching bag'.
Mengapa bila timbul saja isu, terus mahu tunjuk perasaan tanpa mahu menunggu sama ada isu itu benar-benar sahih atau sekadar telahan. Tidak sedarkah mereka kesan demonstrasi bukan kecil, banyak kemudahan dirosakkan, banyak belanja dikeluarkan, ramai yang tidak bersalah jadi mangsa keadaan.
Begitu juga nasib lebih 6,000 pelajar kita di Indonesia. Sepanjang kehangatan isu itu, mereka tidak senang belajar mahupun menjalani praktikal. Sering diherdik dan jadi mangsa provokasi rakan sekuliah dan pensyarah, sedangkan tiada pun kejadian rampasan tanah.
Jika dilihat kembali, sejak isu itu tercetus, tiada sedikit pun riak cemas pada wajah pemimpin kita kerana apa didakwa Timbalan Ketua Suruhanjaya we DPR, TB Hasanuddin dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) itu sebenarnya memang tiada.
Akhirnya, kebenaran terserlah apabila Pang! lima Ten tera Nasional Indonesia (TNI), Laksamana Agus Suhartono, kelmarin mengesahkan Malaysia tidak pernah merampas tanah di Camar Bulan dan Tanjung Datu. Memang ia tidak mungkin kerana anggota TNI sentiasa mengawal kawasan sempadan itu sesuai perjanjian antara kedua-dua negara.
Sehari sebelum itu, wartawan Berita Harian turut ke kawasan diperkatakan dan mendapati penduduk kedua-dua negara di sana tidak tahu menahu mengenainya, malah hidup mereka dilalui penuh aman damai. Tidak hairan mereka memaklumkan begitu terkejut membaca atau menonton berita aksi demonstrasi di Jakarta.
Penjelasan panglima TNI itu sewajarnya jadi penamat pertikaian. Namun, jangan terkejut jika selepas ini ada isu lain pula ditimbulkan kumpulan tertentu dalam usaha merenggangkan hubungan dua negara berjiran. Berita Harian Online
* This is the personal perspective of the writer or publication. The Malaysian Insider does not validate the view unless specified.
No comments:
Post a Comment