Perbalahan hudud hanya sandiwara Manja Ismail

26 SEPT Hanya mereka yang buta politik percaya kekecohan ekoran kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa parti itu tetap akan menubuhkan sebuah negara Islam serta melaksanakan hukum hudud bakal meretakkan pakatan pembangkang, khususnya antara PAS dan DAP menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dengan memerintah empat negeri sekarang, pencapaian terbesar pembangkang setakat ini dan bercita-cita mahu menduduki Putrajaya selepas pilihan raya umum akan datang, pemimpin PAS, DAP atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mungkin begitu bodoh untuk berbalah mengenai perkara yang mereka sendiri sedar sukar dilaksanakan di negara ini.

Justeru, kenapa Nik Aziz, yang sebelum ini dilihat lebih selesa dengan DAP dan PKR berbanding Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Khamis lalu berkata, beliau tidak kisah sekiranya DAP keluar pakatan pembangkang jika tidak setuju dengan pendirian kerajaan Kelantan untuk membentuk negara Islam dan melaksanakan hukum hudud di negeri itu?

Begitu juga dengan kenyataan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang selepas sekian lama tidak bercakap mengenai Islam, mengulas bahawa beliau secara peribadi menyokong hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

Seperti biasa pemimpin DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang dilaporkan terus melenting, manakala sesetengah pemimpin daripada komponen Barisan Nasional (BN) turut menumpang publisiti daripada polemik mengenai hudud ini.

Mengikuti polemik terbaru ini, sejak kenyataan Nik Aziz pada 8 June lalu kononnya hasrat PAS melaksanakan hukum hudud dihalang oleh Tun Dr Mahathir Mohamad selepas Dewan Undangan Negeri Kelantan meluluskan Enakmen Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (ii) pada 1993, sehinggalah kepada pendirian Karpal dan Pemuda PAS kelmarin, ia bagaikan membaca sebuah skrip drama.

Ulasan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa langkah Nik Aziz memutarkan kembali cerita lama mengenai hudud sebagai taktik parti itu bertujuan menagih perhatian rakyat, mem! ang tepa t.

Malah, kita melihat gimik terbaru kali ini bukan ciptaan Nik Aziz seorang, tetapi dirancang secara teliti oleh pembangkang untuk mengabui mata penyokong setiap parti dalam Pakatan Rakyat ketika pilihan raya umum semakin hampir sekarang.

Memang perbalahan mengenai hudud, khususnya antara PAS yang mendakwa memperjuangkan Islam dan DAP, parti menjuarai bukan Melayu/Islam, akan menaikkan imej mereka di kalangan penyokong masing-masing.

Jika diimbas kembali, hampir setiap kali menjelang pilihan raya umum dan pilihan raya kecil yang mana kemesraan PAS-DAP tidak disenangi penyokong masing-masing, Karpal dan Nik Aziz akan bertikam lidah mengenai hudud. Perbalahan mereka kemudian senyap sebaik saja pilihan raya berakhir.

Oleh itu, tidak hairanlah jika perbalahan mengenai hudud kali ini akan berlarutan, malah mungkin menyebabkan PAS dan DAP dilihat tidak lagi bekerjasama pada pilihan raya umum akan datang. Dengan berbalah mengenai hudud, PAS akan dilihat oleh penyokong tradisional mereka sebagai kembali ke pangkal jalan selepas cuba menukar matlamat menubuhkan negara Islam kepada negara kebajikan. DAP pula berharap dapat menarik lebih banyak sokongan pengundi Cina yang tidak mengundi mereka sebelum ini kerana takut parti itu akur dengan hukum hudud PAS.

Dengan menimbulkan semula isu hudud, pakatan pembangkang bukan saja berharap dapat mengalihkan perhatian rakyat daripada pelbagai kelemahan dan masalah dalaman yang mereka hadapi, tetapi turut memperbaiki imej pemimpin tertentu yang tercalar.

PAS misalnya belum lagi kebah dengan keputusan pemilihan parti yang menyaksikan golongan magnanimous menguasai barisan kepemimpinan kanan. Walaupun perubahan itu mendapat reaksi positif di kalangan PKR dan DAP, ia tidak diterima baik oleh penyokong akar umbi PAS di luar bandar.

Bagi Nik Aziz pula, beliau tidak mempunyai banyak pilihan dalam memastikan terus mendapat sokongan rakyat Kelantan dan dihormati ahli PAS sendiri kecuali memainkan watak Tok Guru yang tidak bertolak an! sur meng enai hukum Islam.

Setakat ini, hanya Hadi belum mengeluarkan kenyataan mengenai perkara ini. Ramai menunggu dengan penuh minat bagaimana versi terbaru sandiwara hudud ini berakhir dan siapa sebenarnya yang bakal terperangkap. Berita Harian

* This is a personal opinion of a writer or publication. The Malaysian Insider does not validate a view unless specified.

The Malaysian Insider :: Side Views

Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: