Hudud: Pakatan di persimpangan Tok Ki

26 SEPT Amat menarik isu hudud dibangkitkan semula oleh Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang diberi pandangan balas oleh Dr Mohd. Asri Zainul Abidin, reaksi penentangan oleh Karpal Singh, provokasi oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan sokongan Anwar Ibrahim secara peribadi terhadap pendirian Mursyidul Am PAS ini menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud di Kelantan.

Ia meletakkan pakatan pembangkang di suatu persimpangan bahawa muktamar PAS lalu seperti menunjukkan peralihan yang radikal daripada perjuangan negara Islam ke arah negara berkebajikan.

Sehingga kini tiada huraian jelas bahawa Negara Berkebajikan adalah Negara Islam yang menuntut pelaksanaan hudud.

Apakah ia suatu taktik menjinakkan kelompok bukan Islam bahawa PAS sedang mengambil pendekatan sederhana untuk menyesuaikan diri dengan kelompok-kelompok lain?

Umum mengetahui bahawa telah sekian lama PAS memperjuangkan Negara Islam. Adakah ia sungguh-sungguh atau lebih merupakan retorik politik semata-mata, ia memerlukan pemeriksaan dan penelitian.

Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula menjadi lebih liberal. Tidak nampak secara tegas memperjuangkan Melayu dan Islam. Pemimpinnya Anwar akhir-akhir ini semakin liberal kalau tidak joke sedang mengarah kepada faham pluralis.

DAP tetap dengan keazaman melaksanakan konsep Malaysian Malaysia ikut acuan Sosialis Demokratik. Sepatah kata Karpal Singh "langkah mayat saya dulu" sekiranya ingin melaksanakan Negara Islam. Secara jelas pakatan pembangkang berada di persimpangan ideologi dan fahaman yang amat tajam.

Walaupun Anwar menjadi penghubung utama pakatan pembangkang dan bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi ideologi dan fahaman komponen politik pakatan tidak sekata dan sehaluan

Bayangkan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 semakin dekat, percanggahan mula timbul, apakah corak dasar dan manifesto yang bakal dirumus bagi meyakinkan rakyat bahawa ideologi dan fahaman yang berbeza boleh menghasilkan corak kerajaan yang kukuh dan tegu! h.

< p>PAS dengan penguasaan kelompok Anwarinasnya sedang mengukuh pengaruh supaya ia selari dengan kehendak Anwar.

Kelompok ulama semakin menjadi tidak berpengaruh dan sering terpapar nada sumbang dari Ketua Ulamanya, Datuk Harun Taib dan Ketua Pemudanya, Ustaz Nasrudin Hassan terhadap isu pemurtadan dan menyebabkan Datuk Dr Hasan Mohamed Ali semakin terpinggir.

Bila Anwar tidak bersetuju dengan usaha Hasan menubuhkan Unit Penyelarasan dalam portfolionya di Selangor, ia menunjukkan belang sebenar Anwar terhadap isu agama yang sangat sensitif.

Apakah kenyataan Anwar terhadap isu hudud Nik Aziz bakal memerangkap diri dan menyebabkan keretakan dan akhirnya perpecahan dalam pakatan?

Bagaimana komponen pakatan yang mempunyai ideologi dan fahaman yang berbeza ibarat langit dengan bumi ini boleh mencapai suatu rumusan dasar negara apa yang bakal dibangunkan nanti sekiranya mereka menang dalam pilihan raya.

Anwar pada hemat penulis tidak akan selesa dengan konsep Negara Islam PAS. Hairannya, bagaimana PAS boleh menerima faham liberal-pluralis yang dianut oleh Anwar sedangkan konsep Negara Islam Nik Aziz jauh lebih rigid.

Dalam masa sama, bagaimana PAS dapat bertolak ansur dengan DAP sedangkan DAP tidak pernah berkompromi dengan maksud Negara Islam yang dibawa oleh PAS.

Yang penulis amati adalah PAS memerlukan sokongan DAP supaya dapat memerintah Malaysia. Anwar dan PKR memerlukan PAS dan DAP supaya boleh menjadi Perdana Menteri Malaysia. Dan DAP memerlukan PAS dan Anwar supaya undi umat Melayu pecah.

Logik akal tidak mungkin tiga aliran fahaman ini boleh menyatukan masyarakat majmuk di Malaysia.

Sering dihubungkan pakatan ini ibarat tidur sebantal mimpi lain-lain. Citarasa politik menjadi tidak sama. Lambat laun ia bakal bercanggah dan pastinya membawa perpecahan. Penyokong PAS tidak mahu PAS cair dengan perjuangan Negara Islamnya.

DAP sedang menjinakkan ramai veteran Melayu untuk terlibat dalam kepimpinan partinya supaya apa-apa berlaku ia boleh ! menjawab keperluan perlembagaan Selangor atau Perak kalau berbangkit isu pucuk kepimpinan negeri nanti.

Anwar dengan isu mahkamahnya dan krisis dan kepimpinan Wan Azizah-Azminnya tidak mungkin melonjakkan PKR dalam keadaan lebih kuat seperti PRU Ke-12 dulu

Eksperimen kelainan ideologi dan fahaman ini adalah sesuatu yang berbahaya bagi Malaysia. Malaysia memerlukan asas kestabilan dan perpaduan yang tinggi kerana tidak mudah membangun Malaysia seperti yang kita lihat keadaannya hari ini.

Pendekatan sederhana dan tolak ansur amat perlu supaya maksud Islam dalam dasar membawa pendekatan ketamadunan bukannya retorik politik yang sifatnya memikat tetapi dari sudut module pembangunan Islami tidak berlaku.

Islam tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang rasis. Prinsip amanah, keadilan, keikhlasan, telus dan tulus sekiranya dapat dihayati oleh setiap tahap kepimpinan dan pengikutnya, ia mampu menjadi faktor penyatu masyarakat majmuk.

Ia boleh dibina sekiranya ada tekad politik yang tinggi untuk membawa Malaysia ke arah negara maju berasaskan acuan kita sendiri.

Oleh itu Malaysia memerlukan suatu pendekatan yang lebih serasi dengan sifat masyarakatnya yang berbilang.

Mengambil pendekatan firm Nik Aziz tanpa berlakunya transformasi sosial, ekonomi, ilmu dan pendidikan dan budaya meletakkan suasana yang tidak kondusif dalam membangunkan syariah.

Kita tidak boleh berfikir simplistik bahawa laksanakan hudud akan selesai semua masalah yang berbangkit. Hudud adalah suatu kaedah hukuman Islamiah dari Allah. Kita wajib mengimaninya.

Bagaimana hudud dapat dilaksanakan dalam realiti yang serba bejat atau tidak seimbang memerlukan penelitian ulama dan ilmuwan supaya maqasid syariah berlaku dengan tekad dan persiapan yang terbaik.

Ini kerana keadilan tidak akan terjelma dan lahir sekiranya hudud hanya menjadi slogan politik untuk memikat dan mengekalkan pengaruh. Utusan Malaysia

* This is a personal opinion of a writer or publication. The Malaysian Insi! der does not validate a view unless specified.

The Malaysian Insider :: Side Views

Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: