TERBAIK! ANAK-ANAK PERMATA SENI GEGARKAN KAZAKHSTAN!

Aku kalau bab-bab anak-anak kecil yang aktif dalam bidang seni ni memang aku suka, so aku nak share dengan korang tentang persembahan budak-budak Permata di Kazakhstan:


Tarian Pura dan Menjunjung Kasih yang dipersembahkan penari cilik, Hasya Amir Hamzah dan rakannya Dania Jifren, antara twenty-six anak PERMATA Seni Negara sempena Forum Menyerlahkan Potensi Usahawan Wanita yang berlangsung di Hotel Radisson Astana, dekat Kazakshtan ternyata memukau pandangan ramai.

Selaku duta kecil kepada negara Malaysia, module yang diilham dan dilancarkan oleh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor itu membabitkan tiga module bimbingan di bawah PERMATA Seni iaitu PERMATA Seni Tari, PERMATA Seni Muzik dan PERMATA Seni Koir.

Hasya, 13, dan Dania, 11, merupakan anak-anak yang terpilih berdasarkan kriteria yang menekankan bakat, keyakinan dan ketrampilan diri.

Anak-anak PERMATA Tari dan Koir berusia seawal enam hingga 12 belas tahun manakala PERMATA Seni Muzik berumur tujuh hingga fifteen tahun.

Setakat ini, bilangan ahli PERMATA Seni seramai 150 orang dan mereka dilatih oleh tenaga pengajar professional dalam dan luar negara mengikut bidang masing-masing iaitu muzik, koir dan tari.

Latihan berterusan sepanjang tahun serta kem atau bengkel yang diadakan di dalam dan luar negara memberikan pengalaman pembelajaran yang cukup bermanfaat yang menampakkan peningkatan mutu persembahan, keyakinan diri, disiplin serta menerapkan nilai positif di kalangan anak PERMATA Seni.

Baca seterusnya di Perak Today...

No comments: