Projek jetty Pulau Mentagor dekat Pulau Pangkor yang terbiar hampir 10 tahun lalu dapat diserahkan untuk diuruskan sendiri oleh pihak kerajaan negeri.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata amat membazir dan merugikan jika projek itu dibiarkan begitu sahaja tanpa sebarang operasi sedangkan kawasan itu merupakan tumpuan pelancongan.
Kita sudah berkali-kali mengarahkan pihak kerajaan Persekutuan menyerahkan jetty untuk kita uruskan kerana tidak mahu ia terbiar begitu saja.
Saya juga telah membangkitkan isu ini dalam dewan dan jika Kerajaan Persekutuan tidak mampu mengendalikan projek itu, kerajaan negeri sedia mengambil alih, katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh, hari ini.
Mengulas lanjut, Zambry berkata, jika kerajaan bercadang menjadikan Malaysia sebagai tumpuan perhentian kapal-kapal yang bergerak mengelilingi dunia, jetty Pulau Mentagor adalah yang paling sesuai.
Pulau Mentagor di Pangkor sesuai dijadikan tempat hentian bagi kapal-kapal yang berhasrat mengelilingi dunia, katanya lagi.
Tambahnya, Kementerian Pengangkutan seharusnya bertanggungjawab mencari jalan untuk memastikan projek ini beroperasi secepat mungkin.
House PK: Ini berita aku petik dari Perak Today. Aku tak faham kenapa harus dibiarkan saja projek ni? Dah 10 tahun dah ni, bagi la kerajaan negeri ambilalih. Daripada terbiar je, kan ke rugi tu? Kepada pihak yang berkenaan, lakukan apa yang terbaik untuk rakyat. Jangan membazir!
No comments:
Post a Comment