CILI BERAPI! NAJIB DAN ANWAR BERMESRA, SIAPA YANG MENDERITA?

Adalah menyejukkan mata melihat dua pemimpin yang berlainan ideologi politik dan citarasa duduk semeja dan makan bersama.
Ini berlaku di antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim setelah selesai upacara mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat pada pagi twenty-four Jun lalu.

Ini adalah satu senario yang tidak terbayang boleh berlaku oleh penyokong-penyokong pembangkang yang hanya beberapa jam sebelum itu berguling-guling di atas jalanraya di hadapan bangunan Parlimen dan bertempur dengan pihak keselamatan.
Akhirnya sejumlah daripada penyokong tersebut ditangkap pihak polis kerana cuba merempuh masuk ke kawasan Parlimen.

Mereka yang terlibat sebelum itu sanggup bermalam dalam khemah di Padang Merbok dalam keadaan cuaca yang panas dan berjerebu yang amat merbahaya kepada kesihatan.
Ini semuanya tidak dipedulikan demi pengorbanan dan keyakinan kepada pemimpin agung mereka, Anwar.

Malah sehari sebelum itu juga, pemimpin terhebat mereka berucap berapi-api di atas pentas di Padang Merbok menghasut rakyat menentang kerajaan malah Ayatollah Husam Musa mengeluarkan fatwa syahid kepada siapa yang rela mengadai nyawa demi rasa sayang yang mendalam terhadap Anwar.

Ada di kalangan penyokong-penyokong pembangkang yang begitu taksub dan ekstrem sanggup mendirikan pusat pendaftaran bagi mereka yang mahu menjadi pengebom berani mati.

Begitulah hebat aura dan tarikan persona Anwar dengan dibantu oleh ulama tahi kucing seperti Husam yang mengabsahkan segala tindakan pembangkang walaupun ia bertentangan sekali dengan undang-undang mahupun logik dan akal manusia. Sementara penyokong Khalifah Anwar berhempas pulas menahan lapar dan dahaga di bawah matahari terik, Anwar pula bersenang-senang, gelak ketawa, riang ria bersama pemimpin negara yang sebelumnya dilaknat, dikutuk, dimaki, difitnah dan dicerca! dengan pelbagai dakwa-dakwi.

Anwar nampak seolah-olah telah melupakan segala apa yang telah beliau hemburkan untuk memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Parlimen.

Malangnya topeng ang dipakai ini jarang boleh dilihat oleh penyokong-penyokongnya yang memilih untuk membontotinya membabi buta dengan menelan apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Mungkin mereka juga akan mempertikaikan kesahihan gambar yang menunjukkan Anwar makan tengahari dengan Perdana Menteri dengan mengatakan rupa macam dia tapi bukan dia.

Untuk maklumat lanjut sila hubungi sekretariat di talian 019-913-0000 [END]. Terima kasih

Persatuan Pengguna Islam Malaysia