BTN OH BTN! APA NAK JADI DENGAN BTN NI?

Cerita tentang Biro Tata Negara ini sebenarnya cukup banyak. Malah kalau diceritakan dan didedahkan semuanya, tentu ketebalan laporan boleh mengatasi ketebalan kamus terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Walaupun Biro Tata Negara seharusnya berada dalam kepompong kerahsiaan, namun pergerakan dan tingkahlaku sebilangan pembesar-pembesarnya, telah membuatkan ramai yang tertanya-tanya design sebenar kewujudan BTN terutama pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Secara kasarnya, BTN ditubuhkan pada tahun 1974 oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dengan nama Unit Penyelidikan Belia untuk menangani masalah pemikiran jahat yang dicambahkan ke kepala anak-anak muda pada waktu itu khusus kepada mahasiswa, para pelajar dan anak-anak muda. Pada tahun 1982, Unit Penyelidikan Belia telah bertukar nama menjadi Biro Tata Negara.

BTN menyanggah dan menangani unsur-unsur radikalisme yang cuba diterapkan dan disemaikan oleh golongan yang ditaja oleh Orientalis seperti Anwar Ibrahim dan gerombolannya.

Antara tugas utama BTN pada waktu itu ialah memadamkan benih-benih demonstrasi jalanan dengan memberikan maklumat benar tentang dasar-dasar kerajaan kepada rakyat. Pelbagai module penerangan dijalankan untuk mendidik rakyat Malaysia agar menjadi warga yang berguna kepada negara.

Pada tahun 1999, BTN dipulihkan semula di bawah pengurusan Tan Sri Nordin Kardi dan berjaya menumpaskan demonstrasi jalanan dan menenangkan negara untuk kesejahteraan semua.

Baca seterusnya di Perak Today...

No comments: