ARTIKEL TERBAIK PERAK TODAY TENTANG WAR ROOM! WAJIB DIBACA

BANYAK pihak bercakap tentang dakwaan berlakunya kelemahan dalam bilik perang (War Room) Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lepas.

Malah penulis dimaklumkan ada kumpulan tertentu yang menggabungkan beberapa blogger pro Barisan Nasional, khas untuk menyerang mereka yang mengendalikan War Room ini. Kononnya, kelemahan disitulah yang menyebabkan BN gagal mendapat majoriti 2/3 dan kehilangan 8 kerusi dalam masa yang sama.

Tapi sedikit yang kumpulan ini terlupa, PRU13 adalah antara sempadan kalah dengan menang, bukan antara pasti menang dengan majoriti 2/3!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin tidak berjaya mengembalikan semula majoriti 2/3 yang hilang sejak 2008, tapi beliau berjaya mengelakkan BN dari kalah selain mengembalikan semula kekuatan UMNO yang jatuh merosot pada 2008. Selain itu, prestasi BN juga banyak dipengaruhi faktor undi komuniti tertentu yang sebulat suara mahu mengubah kerajaan, tidak kira siapa dan apa.

Penulis sudah mencari, tapi penulis tidak nampak sebab kenapa Najib perlu disingkirkan kerana prestasi BN dalam PRU13 yang lepas. Situasi PRU13, tidak langsung sama dengan prestasi PRU12 yang menyaksikan BN kehilangan 58 kerusi parlimen kepada 140 kerusi parlimen sahaja berbanding 198 kerusi yang dimenangi pada 2004, selain kehilangan 4 negeri tambahan kepada Kelantan yang berjaya dipertahankan PAS.

Tak disebut lagi hilang majoriti 2/3 buat pertama kali sejak 1969.

Dalam 140 kerusi yang dimenangi BN pada 2008 itupun, 8 darinya adalah kerusi parlimen yang dimenangi tanpa bertanding, sementara dalam PRU13, semua kerusi parlimen dan DUN dipertandingkan.

Apa joke yang penting sekali, BN masih menang dan untuk menambah baik kepada keadaan itu, kerajaan pe! rsekutua n sedia ada, hampir keseluruhannya dianggotai pemimpin Melayu dan bumiputera. Ini setelah parti orang cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan, menolak sebarang jawatan dalam kabinet sebagai hukuman kerana prestasi yang kurang memberangsangkan.

Jadi apa joke orang nak kutuk War Room BN, satu yang pasti, BN masih menang dalam persaingan pilihanraya yang pale sengit dalam sejarah.

Berbanding dengan War Room di pihak pembangkang, prestasi War Room BN adalah jauh lebih baik. Penulis yakin setiap 3 parti pembangkang mempunyai apa bentuk War Room masing-masing untuk merangka strategi dalam PRU13 yang lepas. Antara 3 ini, DAP yang pale beruntung kerana berjaya meningkatkan jumlah kerusi parlimen sebanyak 10 kerusi kepada 38 kerusi, berbanding 28 kerusi pada tahun 2008.

Sementara PKR dan PAS merosot dengan teruk. Memang PKR hanya kekurangan 1 kerusi parlimen berbanding 2008, tapi perlu ingat juga bahawa pada 2008 PKR bertanding 91 kerusi dan menang 31, tapi kali ini PKR bertanding 99 kerusi dan hanya menang 30. PAS juga begitu. Pada 2008, PAS bertanding 66 kerusi dan menang 24, berbanding kali ini, bertanding 73 kerusi dan hanya menang 21.

Jumlah kerusi ditandingi bertambah banyak, tapi jumlah yang menang bertambah sedikit.

Dengan itupun, penulis tidak mendengar sesiapa dari kalangan pembangkang, apatah lagi penyokong BN yang mempertikai kelemahan War Room pembangkang dan orang-orang yang dilantik untuk mengendalikannya. Ada ke takde?

Sepatutnya pada waktu ini, orang yang merangka strategi pilihanraya pembangkang, sepatutnya dikutuk dengan teruk atas prestasi yang merosot itu. Hakikanyat, dengan satu komuniti memberikan hampir 97% undi kepada pembangkang joke mereka masih gagal menumbangkan BN, adalah satu isu yang sepatutnya diperkatakan sepanjang penggal sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

Bukan dok mengutuk parti sendiri.

Sumber: Perak Today

No comments: