Saya telah beberapa kali mengikuti proses Pilihan Raya Umum dan Pilihan Raya Kecil.
Bagi proses PRU13, saya mengikutinya bermula dengan penamaan calon. Seperkara yang saya dapat lihat dihari penamaan calon. Suruhanjaya Pilihan Raya telah berjaya mengelakkan ketegangan dengan jayanya. SPR dihari berkenaan telah memisahkan para penyokong parti-parti yang bertanding dari saling melewati kawasan masing-masing. Hal ini, awal-awal lagi telah saya tulis di SINI.
Dari satu segi ia telah menghilangkan kemeriahan jerit dan sorak dihari penamaan calon, tetapi inilah kejayaan peraturan SPR untuk mengelakkan ketegangan.
Bila mula siri ceramah dan kempen, saya lihat para penguatkuasa SPR berkeliaran di tempat-tempat ceramah. Malahan, saya telah melihat sendiri satu ceramah BN telah dihentikan oleh penguatkuasa SPR kerana dikatakan tidak mempunyai permit.
Ekoran dari kejadian itu, saya telah menasihati anak remaja saya yang hanya akan mencecah usia 18 tahun pada bulan Ogos supaya tidak mengikuti kumpulan pemasang poster, kerana khuatir dengan penguatkuasaan dari pihak SPR.
Pada hari pembuangan undi, jarang sekali untuk melihat petugas-petugas parti pembangkang, khususnya DAP yang agak ramai melainkan pada PRU13 yang lepas. Dari beberapa video yang dimuat turun di alam siber, lagak mereka agak keterlaluan. Selain merayu undi, mereka dengan sesuka hati menahan dan memeriksa para pengundi, khususnya yang berkulit gelap kerana mereka telah diterapkan kononnya ada pengundi hantu.
Bukan itu sahaja, secara keterlaluan bas awam yang kebetulan melalui Pusat Pembuangan Undi telah dihalang dan diperiksa oleh mereka, dengan dakwaan kononnya bas berkenaan mengangkut pengundi hantu.
Di saluran (bilik) mengundi juga telah dilakukan perubahan blueprint oleh pihak SPR. Agen Tempat Mengundi parti-parti yang bertanding dapat melihat dengan jelas wajah pengundi-pengundi, apabila untuk PRU13 mereka ditempatkan mengadap pintu masuk.
Baca seterusnya di blog Akar Umbi
No comments:
Post a Comment