WAHAI ISMAIL SAFFIAN! AKAN KU TUNTUT KEMENANGAN UNTUKMU DI BUKIT GANTANG!



Kekalahan pada Pilihan Raya Kecil empat tahun lalu tidak menjadi penghalang buat calon Barisan Nasional (BN), Datuk Ismail Saffian untuk terus bangkit dan bertanding buat kali kedua di Parlimen Bukit Gantang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Sedar akan arus kebangkitan yang sedang dihadapi rakyat, beliau dengan penuh keyakinan percaya akan harapan yang disandarkan oleh rakyat di Bukit Gantang yang kecewa di atas kegagalan pimpinan PAS memerintah selama tempoh lima tahun.

Beliau berkata, sokongan rakyat pada kali ini akan tertumpu kepada BN memandangkan hanya parti itu yang mampu menerajui pentadbiran sebagai kerajaan yang bertanggungjawab serta menepati janji.

Saya percaya rakyat di Parlimen Bukit Gantang sudah dapat membuat perbandingan tentang tahap perkhidmatan Ahli Parlimen yang sebelum ini dan saya pasti mereka akan merasa kecewa kerana tidak mampu memberi perkhidmatan sebaik perkhidmatan yang diberi oleh wakil rakyat pihak kerajaan, katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas penamaan calon di Pejabat Daerah Tanah Larut Matang dan Selama, hari ini.

Pada kali ini, Ismail akan berdepan pertandingan satu lawan satu dengan calon PAS, Idris Ahmad.

Menurut Ismail, Parlimen Bukit Gantang adalah kubu kuat serta kerusi tradisi bagi BN namun disebabkan tsunami politik yang berlaku pda tahun 2008 a penyokong BN bertindak beralih sokongan hingga kerusi itu gagal dipertahankan lalu dimenangi oleh PAS.

Baca seterusnya di Perak Today

No comments: