Saya tak paksa sesiapa joke minta maaf tetapi saya bersyukur kerana mereka sudah sedar, Alhamdulillah. Saya tak simpan dalam hati dan menjadi tanggungjawab saya untuk terima orang yang mahu berdamai.
Demikian sifat rendah diri dan keikhlasan yang ditunjukkan negarawan ulung negara, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung permohonan maaf Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai Cikgu Non yang mengakui pernah merancang mahu membunuh mantan Perdana Menteri itu.
Selain Cikgu Non, beberapa ulamak pondok dari Kelantan turut tampil memohon maaf kepada mantan Tun Dr Mahathir yang menyifatkan semua itu berlaku kerana fahaman fanantik dan salah tafsir di kalangan penyokong PAS.
Tegas Dr Mahathir lagi, hari ini semakin ramai pengikut Ketua Pembangkang dan PAS mengambil keputusan meninggalkan parti berkenaan kerana sedar dengan permainan politik yang digunakan parti pembangkang itu.
Dalam satu perjumpaan yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana dekat Putrajaya, Dr Mahathir menegaskan umat Islam di negara ini sebenarnya bertuah kerana berpegang kepada sunnah wal jamaah yang mengikut mazhab Imam Shafie.
Berbanding negara Islam lain, umatnya sanggup berbunuh-bunuhan kerana hanya mengamalkan fahaman agama yang berbeza iaitu sunni dan syiah yang akhirnya menguntungkan musuh Islam seperti Israel dan Amerika Syarikat.
Baca seterusnya di Perak Today..
No comments:
Post a Comment