PANAS BERAPI! PAKATAN SEMAKIN TERDESAK APABILA MEREKA MENYERANG ZUL NORDIN!

Permohonan maaf kali kedua yang dibuat Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin hari ini membuktikan beliau seorang pemimpin politik yang bertanggungjawab kerana berani mengakui kesilapannya menghina penganut agama Hindu kira-kira 10 tahun yang lalu.
Tindakan itu diambil susulan terdapat segelintir penganut beragama Hindu tidak bersetuju dengan permohonan maafnya sebelum ini yang dianggap tidak serius, sekaligus membuktikan keikhlasannya dengan memohon maaf kali kedua kepada penganut agama Hindu.

Saya dimaklumkan tidak serius mohon maaf sebab melakukannya dalam ceramah, maka hari ini saya tampil buat sidang media sekali lagi untuk mohon maaf kali kedua.

Kita perlu berani dan saya mengakui buat kesilapan tapi jangan diputar belit atau dipolitikkan, katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau turut menyuarakan rasa kesal kerana ada pihak mengaitkan ceramah itu dengan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa)

Menggunakan taktik kotor, pembangkang katanya, mengeluarkan semula klip video ceramahnya 10 tahun lalu ketika bersama PAS dan disunting semula dengan meletakkan tag Zul Nordin Perkasa dipercayai dengan muslihat mengalihkan perhatian masyarakat terhadap isu yang dihadapi mereka.

Antara isu yang boleh membawa kebencian dan kemarahan rakyat kepada pembangkang adalah isu penggunaan kalimah Allah, klip video didakwa pemimpin pembangkang dan keceluparan mendakwa pencerobohan di Lahad Datu sebagai sandiwara politik UMNO.

Baca seterusnya di Perak Today..

No comments: