Sokongan pengundi India terhadap pakatan pembangkang terutamanya DAP semakin goyah apabila sekumpulan ahlinya dari Parlimen Beruas mengisytiharkan keluar parti berkuat-kuasa hari ini.
Diketuai G Haridas, kira-kira 70 ahli DAP dari cawangan Changkat Keruing dan Taman Bintang, dekat Pantai Remis nekad meninggalkan DAP dan berikrar memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN) yang bertanding pada pilihan raya kali ini.
Beliau mendakwa, sepanjang tempoh bergelar wakil rakyat Parlimen Beruas, Datuk Ngeh Koo Ham tidak melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik kerana menganaktirikan pengundi India di kawasan itu.
Pengundi juga berasa kecewa kerana sebelum ini Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang menghina kaum India, sekaligus menunjukkan beliau seorang pemimpin yang memiliki sifat perkauman.
Beliau tidak pernah turun padang untuk melihat atau meninjau masalah pengundi India sebaliknya menyerahkan segala urusan itu kepada setiausaha politiknya semata-mata yang juga nampaknya lebih mengutamakan pengundi Cina.
Bagi mengelak kami terus dipinggirkan oleh DAP, hari ini saya dan rakan-rakan mengambil keputusan keluar parti pembangkang demi masa depan yang lebih baik bersama kerajaan BN, katanya kepada pemberita di Pantai Remis, petang tadi.
Tambah Haridas, calon BN yang juga merangkap Naib Pengerusi Gerakan, Datuk Chang Ko Youn, calon Pengkalan Baharu, Datuk Manap Hashim dan calon DUN Pantai Remis, Koh Ser Yun banyak membantu dan menyelesaikan masalah pengundi India di Beruas.
Read more...
No comments:
Post a Comment