Dua anggota komando VAT 69 yang tercedera dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Lahad Datu, Sabah pada Jumaat lepas
dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) bagi menjalani rawatan susulan sejurus tiba di Pusat Latihan Polis Udara Ipoh, kira-kira jam 5.35 petang tadi.
Ketibaan Koperal Mohd Tarmizi Hashim dan Koperal Azman Ampong yang sebelum ini menerima rawatan di Hospital Lahad Datu disambut oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahalan.
Mohd Tarmizi yang berasal dari Kelantan mengalami kecederaan di tangan dan kaki manakala Azman yang berasal dari Sabah cedera di punggung dan peha dalam kejadian berkenaan.
Bercakap kepada pemberita, Dr Zambry berkata, semangat kepahlawanan yang ditunjukkan dua anggota komando VAT 69 itu cukup tinggi walaupun mereka mengalami kecederaan dalam pertempuran terbabit.
Kerajaan negeri katanya, akan sedang membuat penilaian bagi membantu semua anggota yang terkorban dan tercedera dalam kejadian itu termasuklah membuat kutipan derma khas bagi membantu mangsa dan ahli keluarga mereka.
Kutipan derma khas daripada orang ramai sudah bermula dan di pihak kerajaan negeri pula, kita akan lihat semua anggota yang terbabit dalam operasi ini khususnnya di Perak.
Baca seterusnya di Perak Today
No comments:
Post a Comment