Kerajaan negeri Sabah akan memberi sumbangan sebanyak RM100,000 kepada setiap keluarga anggota keselamatan yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna.
Ketika mengumumkan perkara itu, Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata kabinet negeri yang membincangkan perkara itu turut bersetuju memberi sumbangan sebanyak RM50,000 kepada anggota keselamatan yang cedera dalam kedua-dua kejadian itu.
"Di samping itu, kerajaan negeri akan mempertimbang pemberian bantuan lain yang sesuai kepada balu dan anak-anak anggota serta pegawai polis terbabit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet Sabah di Wisma Innoprise, di Likas hari ini.
Musa berkata kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah amat menghargai dan menyanjung tinggi jasa serta pengorbanan pasukan keselamatan dalam mempertahan kedaulatan negara.
"Sesungguhnya pengorbanan mereka terhadap negara memang besar maknanya yang tidak dapat dinilai dengan apa sekalipun," katanya.
Lapan anggota polis terkorban dan empat yang lain cedera dalam insiden pencerobohan pengganas asing di pantai timur Sabah pada Jumaat dan Sabtu lepas.- Bernama

More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtes y of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment