KITA digemparkan dengan berita berlakunyapertumpahan darahdi Lahad Datu, Sabah apabila tentera yang dikatakan dari Kesultanan Sulu menceroboh Negeri Sabah dan berlaku pertempuran sehinggamengorbankan nyawabeberapa anggota pihak berkuasa.
Mesej penting dalam krisis pertumpahan darah di Sabah ini ialah, jika Negeri Sabah bergolak, pertumpahan darah berlaku, makadarurat akan diistiharkan. Pilihanraya Umum ke 13 tidak akan dapat dilaksanakan di negeri itu.
Masih ingat seruan Najib Razak dalam Himpunan Agung Umno 2010 yang lalu? Lihat baik-baik, Najib telah menghantarmesej yang sangat jelasmenyeru pelbagai pihak yang menyokongnya untukmempertahankan putrajaya (kuasa) dengan darah.
"Walauberkecai tulang dan juga badan, walaubercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa joke yang terjadi,Putrajaya mesti kita pertahankan!" - Najib Razak, Perhimpunan Umno,24 Oktober 2010-Utusan
Baru-baru ini dalam satu ucapannya di malam menjelang Himpunan Kebangkitan Rakyat #KL112, Datuk Lajim Ukin yang menyertai KEADILANberjanjibahawa Negeri Sabah akanmenyumbangkan 18 buah ! kerusi p arlimenuntuk membantu kemenangan Pakatan Rakyat menawan putrajaya.
Ini merupakanmesej jelaskepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, bahawa kuasanya akan berkubur dalam Pilihanraya Umum ke 13 nanti. Jawatannya sebagai Perdana Menteri akan hanya tinggal sejarah.
Kerana kuasa, jangan kata nyawa anggota keselamatan, nyawa ibu sendiri joke sanggup dikorbankan. Lihat sejarah yang belaku dalam dunia, demi kuasa dan kedudukan, manusia sanggup buat apa saja. Adakah Barisan Nasional akan melepaskan kuasa dengan mudah selepas memerintah Malaysia lebih 50 tahun? Jawapannya TIDAK!
Lihat baik-baik, rentak blogger-blogger Umno termasuk media arus perdana kawalan mereka, belum apa-apa, belum ada sebarang siasatan, mereka telah menuduh Anwar Ibrahim sebagai dalang pertumpahan darah di Sabah.
Namun, siapa sebenarnya yang menyeru penyokongnya agarmempertahankan kuasa dengan darah dan nyawakalau bukan Najib Razak sendiri?
- milosuam Read More @ Source
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment