Rakyat Perak sedang dibunuh dalam senyap!



Transit Radioaktif Bukit Merah Di Manjung Masih Beroperasi

Awal Februari 2013 aktivisPersatuan Aktivis Sahabat Alam Perak (KUASA)menerima aduan perihal pemindahan sisa bahan radioaktif dari Bukit Merah, Ipoh ke sebuah stor transit sebelum dieksport yang dipercayai melalui pelabuhan Lumut Port, Kawasan Perindustrian Kg. Acheh Sitiawan.
Lokasi Stor Transit terkini: Ikuti penerangan & gambar dibawah


Isu ini pernah dibangkitkan pada bulan Apr 2012, bermulablogger Al-Hussyenyang telah menjejaki kegiatan ekxport besi oksida (bahan radioakrif) dari sebuah tapak di Lahad, Ipoh dihantar ke Pelabuhan Lumut. Sejurus itu, aktivis bersama TeamMediaPerakturun ke lokasi merakamkan kegiatan terbabit di Pelabuhan Lumut dari sebuah gudang transit ke kapal MV An Bao Jiang. Ia! mendapa t reaksi dari beberapa pimpinan dan dipaparkan dalam akhbar Sin Chew serta laman webMediaPerak.Netpada tahun lepas.
Rakaman xtvt pemunggahan dari Gudang ke kapal pada 21 Apr 2012
Namun AELB telah memberi maklumbalas bertarikh 4 Mei 2012 terhadap aduan isu ini mengesahkan bahawa telah mengambil tindakan dengan mengarahkan henti operasi kepada syarikat yang mengangkut bahan berkenaan dan tiada lagi pengangkutan dibuat ke Pelabuhan Lumut sejak 18 Apr 2012.
*Sumber: Pengadu (Pemilik & Pekerja Kilang Berhampiran)
Namun ia masih beroperasi tetapi kali ini lokasi stor transitnya berada diluar Pelabuhan Lumut (lebihkurang 3km dr Pelabuhan Lumut), seperti aduan terbaru yang diterima baru-baru ini bersertakan gambar bukti. Juga didapati sistem pengangkutan yang digunakan 'tipper truck' tidak mengikut syarat AELB yang sepatutnya menggunakan 'steel container truck' dan lokasi amat terdedah kepada pencemaran.
*Sumber: Gambar Pengadu Sebelum 9 February 2013
Pengadu juga sempat mengambil gambar pekerja stor berkenaan mencuci tumpahan bahan radioaktif yang mengalir terus ke longkang sekitarnya yang menempatkan pelbagai industri termasuk kilang Ayam Dindings tidak jauh dari lokasi ini.
*Sumber: Gambar Pengadu Sebelum 9 February 2013
Aktivis KUASA pada 9 Februari turun ke lokasi untuk mendapatkan gambaran stor transit mendapati masih terdapat kesan tumpahan bahan sekitar stor terbabit dan terdapat beberapa lubang tanah yg dikorek berkemungkinan untuk mengalirkan air cucian tumpahan bahan.


Perkara ini juga dipanjangkan kepada ADUN Pasir Panjang yang sempat turun ke lokasi pada hari berkenaan dan mendengar aduan dari pekerja berhampiran. NGOSahabat Alam Malaysia (SAM)juga telah dimaklumkan dan sedang berusaha melaku tindakan seterusnya dengan kerjasama KUASA.



- media perak Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com! Politi cally Incorrect Buzz & Buzz

No comments: