70 samseng Umno guna treler untuk halang Anwar temui rakyat Kuantan



PAHANG 9 FEBRUARI: Siri Jelajah Merdeka Rakyat bersama Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri kelahiran Datuk Seri Najib Razak, sekali lagi diganggu kumpulan samseng.

Rombongan yang dalam perjalanan ke tapak ceramah di Felda Bukit Kuantan, Pahang dihalang empat treler dan beberapa kereta yang merentangi jalan raya.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Bendahari Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pahang, Wan Mohd Zulkifly, berkata kejadian berlaku sekitar jam 5 petang.

"Sekumpulan 70 samseng kemudian mengepung enam kenderaan kami. Lokasi kejadian hanya kira-kira satu kilometer dari lokasi ceramah.

"Hanya selepas 30 minit, tiga kenderaan termasuk satu yang membawa Anwar dapat lolos dengan bantuan beberapa penduduk kampung berdekatan.

"Alhamdullilah, tiada kejadian tidak diingini berlaku," kata Penyelaras Jelajah Merdeka Rakyat Pahang itu.

KD

Read more:http://biaqpila.blogspot.com/2013/02/70-samseng-umno-guna-treler-untuk.html#ixzz2KTogpE40
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus | !
Cou rtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: