Banting 20 FEB: Kesedaran masyarakat India yang semakin meningkat terhadap kelemahan pentadbiran Umno begitu membanggakan, sekaligus menafikan dakwaan kononnya sokongan kaum itu terhadap Pakatan Rakyat menurun, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Umum KEADILAN berucap pada sambutan Pesta Ponggal di Dewan Sri Jugra, Banting malam tadi dipenuhi ribuan masyarakat India yang berpusu-pusu mahu melihat pemimpin berjiwa rakyat itu.
"Terima kasih banyak, begitu ramai yang hadir, menunjukkan kesedaran masyarakat India yang semakin tinggi. Ada orang kata sokongan orang India sudah berkurangan, tapi saya tak percaya sebab saya turun dan lihat sendiri," kata Anwar.
Beliau turut disambut kalungan bunga serta turban dan selendang sebagai tanda menghormati bakal Perdana Menteri itu.
"Ini mesti ada yang cakap saya ikut budaya India pula. Saya tak takut, cakaplah saya apa pun, yang penting saya tahu saya pakai ini sebagai tanda menghormati budaya masyarakat India," kata Anwar disambut sorakan penyokong.
Dalam pada itu, Anwar turut mengingatkan kaum India agar menuntut hak mereka yang dinafikan kerajaan sejak merdeka tetapi dengan syarat tuntutan itu tidak bersifat perkauman.
"Saya selalu turun dan dengar tuntutan orang India. Tapi saya nak ingatkan, kita boleh tuntut, asalkan jangan buat tuntutan macam Perkasa. Bila saya kata pendidikan percuma, maksudnya ia terpakai untuk semua rakyat Malaysia," katanya.
"Begitu juga bila saya kata hormat agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan, saya kata hormat hak orang lain untuk beragama. Kalau kita main sentimen perkauman samalah kita macam Perkasa," katanya lagi.
"Sebab itu saya cakap, kami Pakatan Rakyat bersedia untuk mentadbir dengan adil ke! pada sem ua rakyat, tak kira dari segi hak, ekonomi, kebudayaan dan pe! ndidikan," kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin. -KD
Hadir sama, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid.
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment