Pengikut Sulu tidak mahu pulang


Manila dilaporkan akan mengkaji tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.
PETALING JAYA: Krisis di Lahad Datu mungkin tidak berakhir dengan segera apabila pengikut Kesultanan Sulu dilaporkan tidak akan meninggalkan Sabah.
Malah isteri kepada pengikut Sultan Sulu yang berada di Lahad Datu juga tidak akan meninggalkan suami mereka.
"Mereka tidak akan pergi," kata Abraham Iridjani, jurucakap kesultanan Sulu seperti dilaporkan laman web viva.co.id dipetik dari akhbar Inquirer hari ini.
Ia melaporkan kapal angkatan laut Filipina tiba untuk membawa pulang orang Sulu yang sudah tiga minggu berada di Lahad Datu.
Bagaimanapun, rundingan masih dibuat untuk menghantar mereka pulang ke Mindanao.
Manila kaji tuntutan
Inquirer juga melaporkan Manila akan mengkaji tuntutan Kesultanan Sulu ke atas Sabah.
Menurut Inquirer, ini dilakukan untuk menghentikan kependudukan ratusan orang Sulu bersenjata di Lahad Datu.
Menteri Kehakiman Filipina Leila de Lima mengatakan bahawa Presiden Aquino telah memerintahkan Kementerian Kehakiman, Kementerian Luar Negeri dan Pejabat Presiden mengkaji kekuatan undang-undang tuntutan itu.
Beliau mengatakan, Kementerian Kehakiman bertanggungjawab dari aspek undang-undang, manakala, Kementerian Luar Negeri mengkaji dimensi keputusan tuntutan dan Pejabat Presiden akan mendapatkan maklumat mengenai sejarah tuntutan itu.
"Kami akan mencuba untuk menyelesaikannya dalam waktu beberapa hari," kata Lima.
Kesultanan Sulu mendakwa Sabah adalah milik mereka berdasarkan interpretation sejarah.
Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: