Itu dia (Nasharudin) punya pasal. Ikut kata dialah. Bila orang kena cerai, dia akan menangis atau apa, itu dia punya pasal, Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 4 Februari.
Begitulah kata-kata dan pandangan seorang Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kononnya dikatakan memiliki akhlak yang sangat molek dan setaraf dengan nabi serta para aulia.
Keangkuhannya tiada tolok bandingnya apabila dia tidak lagi mengambil kisah tentang bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, yang baru dipecat dari Majlis Syura PAS baru-baru ini.
Bila ditanya wartawan mengenai Ustaz Nasharuddin, dia menjawab seolah-olah bekas Timbalan Presiden PAS itu adalah musuh ketatnya dan tiada lagi sifat kasih sayang di dalam perkataan yang dirujuk kepada Ustaz Nasharuddin.
Saya tertanya-tanya di manakah sifat ukhuwwah Islamiyyah di dalam diri Nik Aziz terhadap Ustaz Nasharuddin? Bukankah Rasulullah SAW menganjurkan agar umat Islam itu hidup di dalam suasana berkasih sayang di antara satu sama lain?
Cubit paha kiri, paha kanan terasa, begitulah sifat yang sepatutnya ada pada Nik Aziz sebagai seorang yang kononnya mirip nabi, bukan?
Saya mendapat tahu bahawa Ustaz Nasharuddin sebenarnya sangat memuliakan Nik Aziz sebagai Tok Guru dan ahlul kibar (yang lebih tua dan berpengalaman), serta tidak pernah menyimpan dendam terhadap Mursyidul Am itu.
Baca seterusnya di Perak Today
No comments:
Post a Comment