PANAS BERAPI! APAHAL TOK GURU SEKOLAH PONDOK NI SURUH AHLUL PAS TUTUP MULUT ISU KALIMAH ALLAH?

Pada 1 Februari lalu, ketika menjalankan pengajian agama di pondoknya, Pondok Haji Salleh, yang terletak di Kampung Banggol Kiat, Sik, pengasas pondok tersebut, Haji Salleh garbage bin Musa yang juga merupakan Penasihat PAS Kawasan Sik, membuat satu kenyataan yang ramai dari kalangan ahli-ahli PAS Sik, geleng kepala kerana tidak percaya kata-kata seperti itu boleh keluar dari mulut seorang tok guru pondok.

Antara jam 7:30 pagi sehingga 11:00 pagi, module Pengajian Agama Mingguan yang telah dihadiri seramai 600 orang yang teridri dari kalangan penyokong PAS tempatan dan dari daerah berdekatan, menyaksikan Haji Salleh bagaikan terlebih sudu dari kuah. Ketika membuat bacaan kitab berhubung keperibadian dan mukjizat Nabi s.a.w, seperti biasa, dia akan turut menyentuh atau seboleh mungkin untuk mengaitkan dengan politik Malaysia. Atau lebih tepat lagi, buruknya UMNO dan baiknya PAS. Cuma kali ini, Haji Salleh menambahkan sedikit ramuannya iaitu kehebatan Pakatan Rakyat dan perlunya PAS kepada sokongan serta redha DAP dan Lim Guan Eng.



Dalam ucapannya, Haji Salleh menyeru kepada semua yang hadir agar menyokong dan berkempen untuk terus menyokong parti yang memperjuangkan Islam kerana kononnya takut masa hadapan anak cucu tidak mengenali Islam lagi.

Namun kemudian, dia sendiri yang memansuhkan kata-katanya tidak beberapa minit sebelum itu apabila menyeru semu! a orang agar berdiam diri berhubung isu KALIMAH ALLAH kerana menurutnya, yang dipentingkan sekarang adalah kemenangan dalam PRU13.

Seperti yang semua sedia maklum, isu KALIMAH ALLAH muncul dan kembali menjadi kontroversi selepas Lim Guan Eng yang terdesak kerana skandal penyelewengan kuasa dan tanah, membuat tuntutan agar kerajaan membenarkan penggunaan KALIMAH ALLAH untuk Bible versi Bahasa Melayu.

Semenjak itu pelbagai tentangan telah ditunjukkan oleh masyarakat Islam yang berpegang kepada peruntukan undang-undang bahawa KALIMAH ALLAH hanya eksklusif untuk umat Islam. Selain KALIMAH ALLAH, terdapat juga beberapa kalimah serta ungkapan lain yang memang khusus dan eksklusif untuk umat Islam sahaja.

8 Januari 2013, di bawah tekanan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang yang dilihat sebagai 'mengantuk dan mamai' telah bersetuju dengan konsensus Pakatan Rakyat bahawa KALIMAH ALLAH boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam, terutama sekali Kristian yang mahu menggunakan kalimah itu dalam Bible berbahasa Melayu tetapi tidak untuk Bible berbahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Tamil.

Namun pada 14 Januari 2013, Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan bahawa KALIMAH ALLAH tidak boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam walau dengan apa cara sekalipun.



Tindakan Haji Salleh yang meminta agar orang PAS tutup mulut dan berdiam diri berhubung isu KALIMAH ALLAH, dilihat sangat bertentangan dengan kata-katanya kononnya perlu memilih PAS dalam PRU13 kerana bimbang anak cucu tidak kenal Islam pada kemudian hari. Walhal tindakan menutup mulut dan enggan memperkatakan tentang kebenaran itu, sebenarnya lebih teruk berbanding menjadi anjing Guan Eng dan Anwar Ibrahim secara berterus-terang.

Mungkin menyed! ari kepi ncangan Tok Guru Haji Salleh yang semakin nyanyuk dan semakin jauh daripada matlamatnya untuk menyebarkan Islam, sebaliknya hanya untuk mencapai kemenangan dalam PRU13 tanpa memikirkan natijah yang akan diterima oleh generasi muda Islam, maka sekumpulan masyarakat di Sik, telah mengadakan demonstrasi berhubung KALIMAH ALLAH.

Demonstrasi tersebut telah dilakukan pada fifteen Februari 2013, hari Jumaat dari jam 2:15 petang bertemat di Masjid Ar-Rahman, Sik. Masjid Ar-Rahman sememangnya amat terkenal sebagai sebuah masjid yang dikuasai dan menjadi sarang puak-puak PAS.



Lebih tepat lagi, demonstrasi tersebut telah dianjurkan oleh PENAWAR 1MALAYSIA Daerah Sik. Demonstrasi tersebut telah disertai seramai lebih kurang 50 orang ahli Penawar DAerah Sik serta Setiausaha Agung Penawar, Syukir garbage bin Tahir.

Sebanyak twelve bunting serta gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP telah dipijak dan dikoyakkan.

Hasil daripada tinjauan, demonstrasi tersebut mendapat sambutan yang cukup baik. Bagaimanapun, sebilangan ahli PAS yang hadir di masjid berkenaan, dan dipercayai merupakan pengikut kuat Tok Guru Haji Salleh, mencemuh tindakan tersebut.

No comments: