Najib cuma kurang cerdik ja... Kahkahkah...
Najib tak cerdik ulang 'Are we ready for BN?' setelah dimalukan
15 FEB: Najib Razak tidak cerdik mengulangi tiga kali 'Are we ready for BN?' setelah dijawab 'No' ketika soalan itu ditanya kali pertama kepada rakyat Pulau Pinang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Najib patut malu dengan responnegatifoleh rakyat. Beliau sepatutnya berundur dari pentas.
"Tapi tidak, dia terus bertanya soalan sama tiga kali, punyalah tak cerdik," kata Anwar disambut gelak lebih 1,000 penduduk tempatan pada Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat di Kampung Gapis, Padang Rengas, Perak, malam Rabu lalu.
Beliau menyindir Najib yang tanpa segan silu ditolak rakyat terang-terangan pada sambutan Tahun Baru Cina anjuran BN Pulau Pinang di Kolej Han Chiang, George Town, Isnin lalu.
Dalam insiden memalukan itu, Najib yang berperanan sebagai pengacara pentas, bertanya hadirin berhubung penerimaan mereka terhadap BN dengan mempertaruh populariti Psy yang dibawa dengan kos RM2 juta untuk lapan minit.

Sebaliknya, penonton ketika menjawab soalan Najib sebanyak tiga kali itu, mahu penampilan Psy tetapi terang-terangan menolak BN.
Najib: 'Are we ready For Psy? (Adakah anda sedia untuk Psy)
Penonton: Yes (Ya)
Najib: 'Are we ready for ! BN' (Ada kah anda sedia untuk BN?)
Penonton: 'No' (Tidak)
Perdana Menteri itu kemudian mengubah topik dengan menyatakan Psy sudah tiba di Malaysia sejak jam 6 pagi dan membuat pengumuman bahawa penyanyi sudah bersedia untuk beraksi di pentas.
Malah, ramai di kalangan penonton memakai baju kuning, hijau dan merah seperti saranan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sebelum ini.
Ada antara mereka turut makai baju 'Bersih' pada majlis itu.
Selepas konsert Psy, Najib sekali lagi dimalukan dan terpaksa meninggalkan pentas selepas Psy tidak keluar apabila dijemput untuk menyertai 'Yee Sang' dengan pemimpin BN.
Semalam, BN mereka cerita kononnya Psy tidak turut serta naik ke pentas ketika upacara 'Yee Sang' kerana penyanyi Korea itu menerima ancaman nyawa.
Sebelum itu, pemimpin BN terpaksa menyelamatkan maruah Perdana Menteri dengan menuduh penolakan rakyat di majlis itu berpunca dari sabotaj Pakatan Rakyat.~ KD

- shalehudin
Read More @ Source More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment