KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini, Jumaat, untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.
Ketibaan beliau, yang diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dengan pesawat khas, di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu disambut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, timbalan-timbalan Ketua Menteri, anggota Kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat.
Sejurus tiba, Muhyiddin yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menaiki helikopter ke Ranau yang terletak di kaki Gunung Kinabalu bagi menghadiri module bersama rakyat dan perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau.
Pada sebelah petang, Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis bersama pesara guru dan bakal pesara di Grand Ballroom 1Borneo, Likas, dekat sini sebelum menghadiri makan malam bersama pemimpin dewan-dewan perniagaan negeri Sabah di Magellan Sutera.
Pagi esok, Muhyiddin akan melakukan tinjauan mesra di pekan Kota Belud dan seterusnya menghadiri majlis bersama rakyat di SMK Narinang, Kota Belud.
Beliau kemudian akan menyempurnakan majlis penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada sebelah petang sebelum ! berlepas ! pulang ke ibu negara ~ Bernama
Bernama tidak melaporkan kemeriahan sambutan terhadap Muhyiddin oleh rakyat Sabah di DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah seperti dalam gambar di bawah..
Dimana sekumpulan penduduk telah menyambut kedatangan Muhyiddin dengan membawa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan "Pakatan Rakyat"/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai la! gi.
- ASD
More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | Sociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz
No comments:
Post a Comment