DESPERATENYA ANWAR SAMPAI NAK GUNAKAN TEH TARIK TV UNTUK PROMO KUNYIT?

PRU13 menyaksikan pelbagai teknologi maklumat diperkenalkan. Pada PRU10, hanya blog dan laman web menjadi alternatif kepada media elektronik seperti televisyen dan air wave serta media cetak seperti akhbar dan tabloid. PRU11 menyaksikan teknologi maklumat bagaikan gunung berapi pendam yang menanti untuk memuntahkan laharnya.

PRU12 pada tahun 2008 mula menyaksikan penyebaran SMS secara pukal dan besar-besaran selain blog, e-mail blasting serta portal seperti Malaysiakini. Namun pada PRU13, selain daripada sistem teknologi maklumat sedia ada, penambahan teknologi baru seperti Youtube, Facebook, Instagram, Twitter, Flicker, Linkedin, BBM, Whatapps, air wave internet dan web tv.

Menariknya, yang banyak memperkenalkan teknologi maklumat ini adalah puak Anwar Ibrahim.

Kini Anwar Ibrahim memperkenalkan satu lagi teknologi yang selama ini tidak dioptimumkan penggunaannya iaitu rangkaian www.tehtarik.tv.

Tehtarik TV merupakan rangkaian tv internet yang digunakan untuk tujuan pengiklanan dan diletakkan di restoran-restoran mamak terutama sekali rangkaian restoran mamak seperti Pelita, Maulana, Subaidah dan Lotus.

Restoran mamak merupakan tempat melepak yang paling renouned di kalangan rakyat Malaysia, termasuklah di kalangan generasi muda. Apatah lagi, rangkaian restoran mamak dibuka 24 jam sehari, menjadikan ia sebagai tempat berhimpun yang paling afdal.

Anwar Ibrahim dilaporkan telah membeli iklan di Tehtarik TV untuk menyebarkan kempen-kempen PKR. Sasarannya adalah untuk mendapatkan undi dari kalangan pengundi bandar dan pinggir bandar sebanyak mungkin.

Nampaknya, besar perbelanjaan yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk tujuan menjadi Perdana Menteri. Hairan juga, di sebalik penafian Anwar Ibrahim dan konco-konconya, wang unt! uk tujua n tersebut bagaikan bersumber daripada kekayaan yang sangat luar biasa.

Masih lagi Anwar dan konco-konconya menafikan mereka mendapat bantuan kewangan luar biasa dari pihak luar?

Sumber: Sel13.com

No comments: