PANAS! KEBERANIAN TUN M DI BOSNIA YANG MESTI ANDA KETAHUI! WAJIB BACA

Satu dunia tahu tentang 'pendalangan' Tun Dr. Mahathir dalam Perang Bosnia dan Kosovo. Walaupun Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah cuba mencari dan mendapatkan bukti tentang pembabitan secara langsung Tun Dr. Mahathir dalam perang tersebut, sehingga sekarang negara-negara pengganas tersebut masih gagal memperolehinya.

Disebabkan kegagalan itulah, Mahathir sentiasa menjadi ancaman kepada mereka sehinggakan proksi Zionis perlu melantik atau melatih seseorang yang boleh menjatuhkan Mahathir, seterusnya menghukum Mahathir sepertimana yang mereka inginkan.

Anda tentu seringkali mendengar cakap-cakap Anwar Ibrahim kononnya, apabila dia menjadi Perdana Menteri nanti, perkara pertama yang akan dilakukannya adalah MEMENJARAKAN TUN DR. MAHATHIR dan 'KRONI-KRONI'nya kerana kononnya mereka telah mencuri wang negara.
Tun_Mahathir_Sembahyang

Itu cakap Anwar Ibrahim sahaja. Hakikatnya, semua orang tahu, mengapa Anwar Ibrahim ingin benar memenjarakan Tun Dr. Mahathir serta beberapa orang pemilik syarikat korporat berbangsa Melayu dan beragama Islam yang dilihat terlalu banyak memberikan bantuan kepada Tun Dr. Mahathir dalam usaha membela umat Islam tertindas di seluruh dunia. Semua orang juga tahu, Anwar Ibrahim menerima titah dan perintah daripada tuan-tuan besarnya yang membela Zionis dan negara haram Israel selain melihat umat Islam kekal sebagai golongan yang teraniaya di seluruh dunia.

Ramai tertanya-tanya, daripada sekian banyak negara, mengapa Bosnia-Herzegovina dan Kosovo begitu menyanjung tinggi Malaysia. Tentunya ramai yang masih ingat, bagaimana Yasser Arafat dan Nelson Mandela begitu mesra dengan Dr. Mahathir dan berkunjung ke Malaysia sehinggakan ! untuk me reka, perhimpunan telah diadakan di Stadium Negara.

Terlebih penting, mengapa bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra begitu marah apabila Dr. Mahathir memberikan cadangan agar empat wilayah selatan Thailand diberikan status autonomi kerana itu sahajalah cara yang pale afdal untuk mengamankan wilayah-wilayah tersebut. Dan selepas itu, Thaksin menuduh Malaysia menjadi pangkalan pasukan pemberontak, malah kononnya Malaysia melatih dan membekalkan pejuang-pejuang pemisah itu senjata.

Ada satu kisah yang cukup popular di kalangan bekas anggota tentera yang pernah ke Bosnia dan menjaga keselamatan Tun Dr. Mahathir sewaktu Mahathir ke negara itu.

Mahathir telah diminta untuk memakai pakaian kalis peluru. Bagaimanapun dia enggan berbuat begitu. Mahathir memberikan alasan, ajal mautnya di Tangan Allah Taala. Kalau Allah Taala telah mentaqdirkan ajalnya di bumi Bosnia, maka dia redha.

Semua baju kalis peluru yang diberikan kepadanya, enggan dipakai oleh Tun Dr. Mahathir. Sedangkan dia akan memasuki sebuah kawasan yang dikenali sebagai zon perang, dan penembak-penembak curi besar kemungkinan berkeliaran dan cuba mencari nama dengan membunuh seorang dif kehormat yang berkunjung ke Bosnia.
mahathir

Bagaimanapun, seorang anggota polis yang mengawalnya, berjaya memaksa Tun Dr. Mahathir memakai baju kalis peluru itu. Baju kalis peluru yang dipakai oleh Tun Dr. Mahathir adalah baju kalis peluru yang tersarung pada badan anggota polis berkenaan.

Bukan kerana takut dengan herdikan dan ketegasan anggota polis berpangkat rendah tersebut, tetapi Mahathir menyanjung sikap anggota polis tersebut yang sanggup berkorban untuknya walaupun nyawanya sendiri mungkin terancam.

Akhirnya, baik ! Tun Dr. Mahathir mahupun anggota polis yang menanggalkan baju kalis peluru di badannya untuk Dr. Mahathir, kedua-duanya memakai baju kalis peluru dan kedua-duanya selamat pulang ke Malaysia.

Itu secebis kisah Tun Dr. Mahathir yang tidak akan sama sekali disebut-sebut oleh para pecacai Pakatan yang berasakan Anwar Ibrahim lebih pandai dan berani berbanding Dr. Mahathir, walaupun hakikatnya antara kedua-duanya memang ada jurang yang sangat besar dengan Anwar Ibrahim adalah tentera upahan Zionis di Malaysia.
mahathir2
Dan kini, baru beberapa hari lepas Perdana Menteri Malaysia, Najib Abdul Razak ke Gaza pula bersama-sama Zulkifli Nordin dan Nasharuddin Mat Isa. Dan sebelum Nasharuddin Mat Isa sempat membuka mulut, pada 13 Januari lalu, dia telah dipecat dari Majlis Syura Ulama PAS.

Apa sebenarnya yang ditakuti oleh PAS tentang Nasharuddin Mat Isa ke Gaza? Adakah kerana ia mempunyai kaitan dengan IKHWANUL MUSLIMIN yang mana PAS dikatakan 'menerima' arahan daripada badan tersebut? Adakah PAS akan memberi alasan yang merek atidak perlu menerima sebarang kata-kata daripada Nasharuddin Mat Isa kerana bekas Timbalan Presiden PAS itu kini hanya ahli biasa dan tidak mempunyai sebarang keistimewaan lagi?

Rahsia akan terbongkar tidak lama lagi!
HOUSE PK: Ini aku petik dari Kedahan69ers! Wahai ahlul bahlul dalam PAS! Semua pemimpin korang tahu akan cerita ini namun disebabkan kemunafikan mereka dan kegilaan mereka untuk dapatkan Putrajaya maka mereka tutupkan cerita sebegini. Bukaklah mata! Anwar memang anjing Israel Zionis.
Wahai anak-anak muda, jangan terpedaya! dengan wayang kulit Anwar Harami ni. Baca balik sejarah negara kita dikala Tun M menjadi PM. Jangan asyik terpedaya dengan wayang Anwar dan fitnah si KITOL! Mereka ni pengkhianat beb!

No comments: