PANAS BERAPI! PAS SANGGUP HINA MUFTI DAN JAKIM DEMI KUASA POLITIK!

Sangat mendukacitakan apabila PAS bersikap kebudak-budakan apabila begitu celupar bertindak biadap terhadap institusi Mufti dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan tuduhan yang begitu hina.

Dalam kenyataan terbaru yang dikeluarkan PAS melalui pemimpin mulut hebiaqnya, Idris Ahmad, PAS menuduh para Sahibussamahah Mufti dan ulama yang bernaung di bawah JAKIM sebagai tukang bodek UMNO.

Idris yang sudah tidak laku di dalam PAS menganggap bahawa tindakan para Mufti dan JAKIM yang mendesak supaya Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanatnya itu sebagai satu tindakan untuk menyelamatkan UMNO menjelang PRU ke-13.

Persoalannya, siapa Idris untuk menghina para ulama muktabar dan Mufti-Mufti yang bernaung di bawah DYMM Yang DiPertuan Agong serta para DYMM Sultan-Sultan?

Saya yakin, sekiranya diletakkan Idris di tengah-tengah dewan yang dikelilingi para Mufti dan ulama JAKIM, nescaya dia akan terkulat-kulat, terkebil-kebil dan mungkin terkencing di dalam seluar berhadapan dengan kemantapan hujah mereka yang beraqli dan naqli.

Bukanlah saya mahu menghina kreadibiliti Idris dan PAS, tapi melihat kepada sikap bongkak dan angkuh mereka yang menghina para ulama yang mempertahankan perpaduan serta aqidah ummah, saya dapat melihat kehinaan pale jijik pada diri ahli-ahli politik tersebut.

Sebagaimana maklum, sebelum mana-mana pihak dari kalangan Mufti atau JAKIM mengeluarkan kenyataan atau fatwa mereka, sudah tentu mereka sudah berijtihad dan mengkaji setiap perkataan yang terbit dari lidah mereka.

Read more...

No comments: