PANAS BERAPI! BETUL KE PROTON NAK TINGKATKAN KUALITI?


TEKNOLOGI terkini dan rekabentuk canggih pastinya menjanjikan kualiti terbaik daripada jenama Nasional, Proton.

Dalam pasaran sekarang, pembeli dipujuk oleh banyak pembuat dan penjual motokar dengan semuanya menjanjikan spesifikasi tinggi, rekabentuk terkini dan citarasa unggul di samping perkhidmatan selepas jualan yang tiada tolok tandingannya.

Hakikatnya, persaingan yang sengit menawarkan puluhan pilihan dalam setiap segmen pasaran dan hanya indication yang terbaik mampu mendominasi pasaran tambahan pula jika perbezaan harga antara produk semakin mengecil.

Proton sedar bahawa kualiti merupakan masalah yang membelenggu jenama tersebut sejak sekian lama.

Persepsi atau realiti? Yang pastinya sebahagian besar pasaran meletakkan Proton sebagai jenama yang dibeli atas dasar harga dan bukan atas dasar keinginan.

Sekiranya mereka gagal meningkatkan kualiti dalam masa terdekat, jenama Proton mungkin terus berada di tangga atau tempat tercorot dari segi kedudukan dalam minda pembeli.

Ini akan menghalang syarikat kereta nasional ini daripada meletakkan reward terhadap hasil kejuruteraan tempatan.

Dengan kilang kereta terbaik mengeluarkan kenderaan yang hampir sempurna setiap kali, Proton wajib mengejar tahap kualiti global yang meletakkan tahap kecacatan 0.1 bagi setiap kereta ataupun satu kecacatan dalam setiap sepuluh kereta yang dihasilkan.

Baca seterusnya di Perak Today

No comments: