KUNYIT HANGIT!! SIAPA AZMIN ALI UNTUK PERTIKAI KEPUTUSAN MAJLIS 'SYORU' PAS?


Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah. Baru-baru ini, Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.
Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya

Kenyataan di atas keluar dari mulut Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri, tidak ada tokok, tidak ada tambah, exactly macam mana dia cakap ya.

Sudah tentulah kenyataan itu nak menjelaskan pendirian Pakatan Rakyat selepas Majlis Syura Ulama PAS membuat pusingan U, dengan menolak kalimah Allah dari digunakan oleh puak Kristian dalam bentuk yang dimahukan mereka tulisan dan terjermahan.

Dari cara ia dicakap dan diucap, Azmin cuba nak menafikan peranan Majlis Syura Ulama sebagai badanpembuat dasar tertinggi PAS. Seolah-olahnya, Majlis Syura Ulama hanyalah satu biro yang hanya bertanggungjawab ke atas hal ehwal ahli PAS sahaja.

Sedangkan dalam perlembagaan PAS, Majlis Syura Ulama ada diberikan kuasa dalam menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS dan mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan PAS.

Kalau nak lebih faham, Majlis Syura Ulama ini umpama stering kereta dan PAS sebagai keretanya. Ke mana stering dipusing, ke situlah kereta itu pergi.

Jadi sekarang bila Majlis Syura Ulama PAS membuat ketetapan menolak penggunaan kalimah Allah oleh orang Kristian, itu bermaksud ahli-ahli PAS, pemimpin-pemimpin PAS, jentera-jentera PAS, semuanya wajib mengikut ketetapan tersebut.

Bagaimana Azmin boleh kata Majlis Syura tidak berkaitan?

Lagi satu, dibandi! ngkan Ma jlis Syura Ulama dengan Majlis Presiden Pakatan Rakyat yang Azmin pegang sangat keputusannya tu, Majlis Syura Ulama adalah entiti yang sah sebab disebut dalam perlembagaan PAS (Perkara 3). Sementara Majlis Presiden Pakatan Rakyat ini, sebut dimana kewujudannya secara tertulis?

Pakatan Rakyat itu sendiri hanyalah gabungan beberapa huruf yang membentuk 2 patah perkataan, tidak lebih dari itu. Nak bertanding dalam pilihanraya tidak boleh, nak di dakwa dan mendakwa sesiapa kerana menyalahgunakan nama itupun, tidak boleh.

Majlis Presiden Pakatan Rakyat apatah lagi.

Azmin mengajak penyokong pembangkang untuk mengikut ketetapan oleh badan yang tidak wujud buat apa? Sebab itu penulis kata pembangkang ini bodoh, benda tak wujud pun dia sokong dan anggap seolah-olah ada!!

Kesimpulannya disini, Azmin cuba kelirukan rakyat dalam kenyataan di awal artikel ini, terutama di kalangan yang tidak faham struktur organisasi PAS.

Hakikatnya, Majlis Syura Ulama adalah pemutus dasar PAS, kalau dia kata setuju, setuju, kalau dia kata tak setuju, tak setuju. Azmin tahu itu, tapi sengaja berbohong sebab dia nak sembunyikan perpecahan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat berhubung isu kalimah Allah ini sebab Azmin risau undi Kristian hilang.

Ya, percayalah, mereka sedang berpecah.

Jadi macai semua, janganlah marah kalau BN menang 2/3 kali ini ya. Kami memang kuat, perpecahan di kalangan komponen Pakatan ini menjadikan kami lebih kuat.

Sumber: MyKMU

No comments: