Tulisan Zam tentang Habibie selayaknya dibakulsampah

oleh : DATUK SAIFUDDIN NASUTION

ULASAN Tulisan Zainudin bertajuk 'Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim' (UM 10 Disember 2012) selayaknya dibakulsampahkan jika Editor UM wartawan yang peka dan tajam pemikirannya.

Kisah Cinta BJ. Habibie dan Ainun Habibie

Kisah Cinta BJ. Habibie dan Ainun Habibie

Tulisan Zainudin yang merupakan bekas ketua pengarang Utusan dan mantan menteri penerangan, mengundang ribut taufan sehingga Dewan Perwakilan Rakyat Indonesia (parlien) membuat bantahan rasmi dan memohon Zainudin memohon maaf.

Kemesraan yang mahu diperelokkan lagi oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tercalar dengan tulisan Zainudin.

Zainudin tidak sepatutnya cemburu dengan Anwar Ibrahim yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin di Indonesia sejak zaman Pak Mohamad Natsir lagi. Pada era pemerintahan Soeharto, hampir separuh anggota kabinet Indonesia adalah sahabat Anwar.

Anwar menjalin hubungan rapat dengan cendikiawan dan pemimpin Indonesia termasuk Habibie sejak beliau memimpin Abim dan aktif dalam World Assembly of Muslim Youth (Wamy). Hubungan rapat Anwar dengan pemimpin Indonesia ini sebenarnya membantu merapatkan lagi hubungan Malaysia- Indonesia di zaman Mahathir.

Barangkali ramai rakyat Malaysia tidak tahu bahawa Mahathir memecat Zainudin daripada Utusan Melayu pada 1992 kerana hendak menjaga hubungan baik Malaysia-Indonesia. Seorang wartawan kanan Utusan yang membuat liputan Persidangan Pergerakan Berkecuali (NAM) di Jakarta pada tahun itu telah menulis sebuah rencana menuduh Mahathir menghina media Indonesia apabila beliau bercakap bahasa Ingeris ketika ditemubual wartawan Indonesia.

Mustahil Zainudin Maidin sudah lupa peristiwa ini kerana beliau yang mengedit dan menerbitkan rencana itu. Mahathir amat ! marah da n meminta Anwar mencari pengarang yang lebih cerdik menggantikan Zainudin. Anwar kemudiannya menamakan Johan Jaafar sebagai pengganti Zainudin.

Habibie menjadi presiden Indonesia pada Mac 1998 bukannya 20 Oktober 1999 seperti yang Zainudin tulis. Beliau menjadi presiden selama satu tahun enam bulan dan mengundur diri dengan rela hati selepas membina asas reformasi dan transformasi Indonesia daripada sistem autoritarian kepada demokrasi.

Beliau tidak pernah menjadi gunting dalam lipatan Soeharto, sebaliknya beliaulah pendukung utama yang memacu perkembangan teknologi, khususnya Industri Pesawat Terbang Indonesia (IPTN).Kejayaan beliau ini menyebabkan negara Barat bimbang akan kemungkinan Indonesia di satu hari nanti bisa menghasilkan jet pejuang dan kelengkapan perang yang lain. Antara syarat yang dikenakan IMF kepada Indonesia ialah melarang IPTN membuat pinjaman untuk penyelidikan dan pembangunan.

Zainudin sebenarnya buta fakta bila menuduh Habibie dan Anwar sebagai anjing imperialis. Tuduhan ini adalah fitnah yang amat jahat. Sebagai bekas pelajar Maktab Mahmud Alor Setar, Zainudin sudah lupa bahawa Rasulullah SAW melarang sama sekali umatnya mengelar sesiapa joke dengan panggilan nama binatang, sementelahan pula binatang itu seekor anjing.

Pendirian Habibie mengenai isu Timur Timor amat konsisten dengan sikapnya yang anti-imperialisme Barat. Di kala beliau menentang kolonialisme Barat dan penindasan ke atas rakyat Palestin, Bosnia, Chechnya dan sebagainya, apakah alasannya untuk menghantar tentera dan membunuh penduduk Timur Timor?

Justeru beliau menyarankan pungutan suara bagi menentukan masa depan pulau itu, walaupun pendekatan ini tidak digemari khususnya oleh angkatan tentera.

Zainudin mungkin terlupa, sebelum pilihan raya Presiden Indonesia pada Mac 1998, mantan perdana menteri Singapora, Lee Kuan Yew membuat kenyataan sinis kononnya jika Soeharto memilih Habibie sebagai timbalan presiden, matawang rupiah Indonesia akan menjunam turun.

Dalam! temubua l selepas menjadi presiden, Habibie ditanya mengenai komen Lee Kuan Yew. Beliau menjawab dengan menuding jari ke arah peta dunia di pejabat presiden sambil berkata 'Singapore was only a red dot on the map'.

Pada 13 Oktober 1998, Habibie mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina Joseph Estrada di Batam. Kedua-dua mereka amat prihatin dengan pemecatan Anwar Ibrahim oleh Mahathir Mohamad. Berikutnya Kementerian Luar Indonesia dan Filipina mengeluarkan kenyataan bersama meminta kerajaan Malaysia membebaskan Anwar daripada tahanan.

Seluruh dunia mengakui dan menghormati jasa Habibie sebagai pengasas demokrasi di Indonesia. Malah musuh politik Habibie di Indonesia sendiri mengakui bahawa Habibielah peneraju utama mengubah Order Baru Soeharto kepada demokrasi.

Selain membebaskan semua tahanan politik di hari pertama bergelar presiden, Habibie turut menghapuskan segala sekatan yang mencekam kebebasan akhbar, kebebasan bersuara dan berhimpun. Beliaulah pengasas Trias Politica Indonesia iaitu pembahagian kuasa di antara eksekutif, kehakiman dan legislatif.

Dalam masa yang singkat Habibie berjaya mengurangkan keterbabitan militar dalam pemerintahan dan membina imej baru untuk pegawai kerajaan dan kakitangan sivil. Zainudin juga mungkin tidak sedar bahawa Habibielah yang menandatangani Law No twenty-two dan 25/1999 yang membolehkan kewujudan kerajaan autonomi di wilayah Indonesia.

Dalam masa 18 bulan Habibie berjaya melaksanakan perubahan struktural yang hebat bagi masa depan Indonesia yang lebih gemilang. Beliau mengundur diri secara terhormat tidak seperti yang ditohmahkan Zainudin. Beliau bukanlah pemimpin yang gila kuasa seperti sesetengah pemimpin di Malaysia yang mahu terus berkokok walaupun suaranya sumbang kerana sudah lama bersara.

Zainudin memalukan bukan sahaja Umno dan Najib malah seluruh warga Malaysia kerana menuduh Habibie sebagai 'pengkhianat bangsa Indonesia'. Sedangkan seluruh bangsa Indonesia menyanjung tinggi sumbangan Habibie untuk negara dan b! angsanya .

Memandangkan Zainuddin mantan menteri kanan Umno maka tentulah wajar kerajaan Indonesia menuntut Malaysia dan Zainuddin memohon maaf kepada rakyat Indonesia.

Sekali lagi Zainuddin buta fakta bila menuduh Mahathir memungut Anwar daripada Abim (Angkatan Belia Islam Malaysia) seolah-olah Anwar sampah yang tidak berguna. Fakta ini mesti diperbetulkan kerana generasi yang lahir dan besar di zaman Mahathir mudah diperdayakan dengan fitnah seperti ini. Sementelahan pula Zainudin kini menjadi Karyawan Tamu Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dr Mahathir menjadi perdana menteri Malaysia pada 1981 ketika seluruh dunia mendapat tempias kebangkitan Islam selepas Revolusi Islam Iran 1979. Pertama kalinya seluruh dunia menyaksikan kemunculan pelbagai NGO Islam.

Di Amerika dan Eropah, pelajar Islam dari Malaysia, Timur Tengah, India, Pakistan, Indonesia dan benua Afrika berganding bahu menubuhkan persatuan dan pertubuhan yang berorientasikan Islam.

Mahathir yang dibesarkan dalam keluarga bangsawan tidak memiliki imej Islam untuk berdepan dengan gelombang kebangkitan semula Islam. PAS mendapat manfaatnya apabila pelajar yang ditaja oleh kerajaan pulang menyertai PAS.

Penyertaan golongan profesional peguam, jurutera, doktor, ahli ekonomi dan sebagainya dalam parti itu, telah melonjak naik pengaruh PAS sebagai parti yang dinamik untuk mencabar hegemoni politik Umno.

Mahathir sedar kekurangan beliau lantas memujuk Anwar yang ketika itu sebagai presiden Abim menyertai Umno. Anwar pada mulanya tidak berminat menyertai Umno kerana dirinya lebih rapat dengan PAS. Hubungan persahabatannya dengan Presiden PAS Ustaz Fadzil Noor amat intim sehinggalah ke akhir hayatnya.

Janji Mahathir untuk melaksanakan Islam dalam pentadbirannya berjaya memikat Anwar. Mahathir sedar sekiranya Anwar menyertai PAS, jangka hayat Umno mungkin tidak panjang.

Dengan kemasukan Anwar, pelbagai projek dan program Islam dilaksanakan. Dasar penerapan n! ilai-nil ai Islam, Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Bank Islam, dan sebagainya berjaya menyekat golongan profesional daripada terus berhijrah ke PAS.

Sejarah akan merekodkan fakta kemasukan Anwar ke dalam Umno berjaya menyelamatkan Mahathir dan Umno daripada gelombang kebangkitan semula Islam. Kalau dulu Wanita Umno melangkah ke Perhimpunan Agung dengan sanggul bermacam jenis, kini majoriti sudah bertudung.

Penyertaan Anwar ke dalam Umno dibantah oleh ramai rakannya dari Abim. Mereka bimbang kalau-kalau Anwar akan ditelan oleh budaya dan sistem fikir sekular Umno dan mengorbankan asas dan manhaj Islam yang menjadi asas perjuangan mereka.

Kebimbangan rakan-rakan dalam Abim terbukti tidak benar. Anwar tetap dengan prinsip perjuangannya dan tidak akan bertolak ansur dalam soal rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Ketegasan Anwar mempertahankan ketelusan dan keadilan dalam menangani krisis kewangan 1997 menyebabkan beliau akhirnya merengkok di penjara selama enam tahun.

Keengganan Anwar menuruti telunjuk Mahathir dalam mengurus ekonomi ketika dunia dilanda kemelesetan adalah punca sebenar mengapa beliau dipecat. Anwar tidak berganjak mempertahankan Tabung Kumpulan Wang Simpanan Pekerja daripada digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat kroni.

Anwar tidak mahu wang Petronas dibelanja sewenangnya untuk menyelamatkan syarikat kroni. Anwar menentang hasrat Mahathir hendak mengisytiharkan darurat ekonomi kerana langkah ini bermakna menggantikan demokrasi berparlimen dengan pentadbiran ala diktator.

Untuk membunuh karier politik seorang tokoh seperti Anwar bukanlah mudah. Menyedari betapa sukarnya Mahathir menangani krisis Umno 1987 sehingga Umno diharamkan, maka Mahathir perlu mengatur strategi yang lebih detail untuk membunuh karier politik Anwar.

Apakah kekuatan Anwar? Kekuatan Anwar terletak kepada imej dan maruah Islamnya. Beliau dilihat sebagai jambatan yang menghubungkan pemimpin dan tokoh Islam sedunia dengan Barat.

Latarbelakang Islamnya yang ma! ntap dia dun dengan pemikiran dan falsafah Barat yang dikuasainya, menjadikan Anwar seorang pemimpin Islam yang hebat. Justeru itu tidak hairanlah seluruh dunia Islam prihatin bila beliau dipenjarakan oleh Mahathir.

Kita akui Mahathir pemimpin yang cerdik dan bijak. Untuk membunuh karier politik Anwar, Mahathir mesti merobek imej Islam beliau bagi menimbulkan kebencian orang Melayu terhadapnya.

Peringkat awalnya, Anwar ditahan di bawah ISA. Menyedari tekanan antarabangsa, Anwar kemudiannya didakwa atas salah laku seks dan penyalahgunaan kuasa. Seluruh tenaga polis, kehakiman dan media masa dikerah habis-habisan untuk menghalalkan tindakan Mahathir menyingkir dan memenjarakan Anwar.

Dari 1998 hingga kini media arus perdana milik BN tidak pernah berasa letih menggodam, mencemar dan mengaibkan Anwar dan keluarganya. Alhamdulillah semakin Anwar digodam dan dicaci, beliau semakin popular dan diminati.

Kita memahami mengapa Zainuddin marah dan berdendam dengan Anwar. Selepas Anwar dipenjarakan Zainuddin kembali mendekati Mahathir melalui penulisan buku sehinggalah akhirnya beliau dilantik sebagai menteri penerangan.

Malangnya dalam pilihan raya 2008, Zainudin adalah satu-satunya menteri Umno yang dikalahkan oleh PKR. PM Abdullah Badawi terus mengenepikan Zainudin dan beliau menjadi mantan menteri yang semakin dilupai.

Mungkin dengan membelasah Habibie dan Anwar sedemikian rupa nama Zainudin Maidin kembali menjadi sebutan. Zainudin berharap penulisannya itu akan membantu Umno mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.

Zainudin lupa jutaan pengundi asal keturunan Indonesia terguris hati dan marah. Penjelasan Zainudin dalam blognya menyerlahkan lagi sikap sombongnya. Beliau berbangga kerana namanya kembali menjadi sebutan jutaan rakyat Indonesia.

Beliau menuduh rakyat Indonesia sedang mengalami euporia demokrasi sedangkan Malaysia sudah lama mengamalkan 'Manchester democracy'. Ini bukan kesilapan ejaan. Mungkin kerana panik, bimbang atau sememangn! ya belia u tidak tahu asal usul istilah Westminster democracy.

Begitu naifnya Zainuddin sehinggakan beliau tidak sedar tulisannya menjadikan suatu beban buat Umno. Justru Umno tidak boleh berlepas tangan dalam isu ini.

Pertamanya Zainuddin adalah bekas ketua pengarang kumpulan Utusan yang semua orang tahu isu kandungan akhbar itu dikawal sepenuhnya oleh kepimpinan Umno, khususnya Najib sebagai presiden Umno.

Pada sisi lain episod ini menyerlahkan kelemahan Najib sehingga tidak bermaya sama sekali menegur Zainudin ketika terserlah kemarahan rakyat Indonesia akibat penghinaan Zainudin secara terang-terang dan berterusan terhadap pemimpin dan rakyat Indonesia.

Saya percaya rakan-rakan yang masih rasional dalam Umno turut kesal dengan tulisan Zainudin. Walaupun itu pendapat peribadi, sebagai mantan menteri Umno dan disiar pula oleh media milik Umno maka bantahan dan kemarahan Indonesia ada asasnya.

Rakan-rakan dalam Umno juga tertanya-tanya, apakah Zainudin sengaja mencari musuh baru ketika pucuk pimpinan Umno berhempas pulas mempersiapkan diri menghadapi pilihan raya umum ke13?

Sementara reputasi Anwar sekelumit joke tidak terjejas dengan tulisan Zainuddin, isu ini lebih menyerlahkan politicking dalaman Umno sendiri. Anwar kekal sebagai pemimpin tahan uji. Bak kata pepatah arab "emas yang terbaik ialah emas yang terhasil apabila dibakar berulangkali". Manakala Umno pula menhitung hari menanti rebah.


Read More @ Source



More Barisan Nasional (BN) | Pakatan Rakyat (PR) | S ociopolitics Plus |
Courtesy of Bonology.com Politically Incorrect Buzz & Buzz

No comments: